Syarikat dalam sektor yang dibenarkan masih wajib mematuhi SOP yang ditetapkan bagi sektor masing-masing. FMTNews PKP
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan tahap 1, 2 dan 3 meningkatkan kapasiti beroperasi sepenuhnya dan tanpa sekatan masa mengikut keperluan industri masing-masing bermula esok, 29 April.Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, syarikat dalam sektor yang dibenarkan ini wajib mematuhi syarat-syarat tatacara operasi standard yang ditetapkan bagi sektor masing-masing.
“Kegagalan syarikat mematuhi SOP akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta merta dan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini. Azmin berkata syarikat yang diluluskan untuk beroperasi sebelum ini tidak lagi perlu memohon kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri untuk mendapatkan kebenaran tersebut.
Menurutnya, inisiatif ini akan memberi anjakan kepada pemulihan sistem rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan domestik serta luar negara, dan akan memberi impak positif kepada pendapatan syarikat khususnya perusahaan kecil dan sederhana. “Sementara kerajaan memberikan kelonggaran ini, rakyat dan pemilik perusahaan perlu memulakan ‘kebiasaan baru’ dengan mematuhi penjarakan sosial di tempat kerja, kebersihan diri dan garis panduan kawalan kesihatan,” katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Putrajaya benar sektor terpilih beroperasi penuh mulai esok | The Malaysian InsightSemua syarikat wajib mematuhi SOP yang merangkumi jarak fizikal pekerja dan langkah berjaga-jaga kebersihan, kata Mohamed Azmin Ali.
Read more »
New York mungkin buka semula sektor pembuatan, binaan selepas 15 MeiGabenor Andrew Cuomo berkata, sebarang kelonggaran akan dilakukan di utara negeri itu terlebih dahulu, bukannya di metropolitan New York City yang paling teruk terjejas akibat Covid-19 di AS. FMTNews Covid19NewYork
Read more »
Putrajaya benar sektor terpilih beroperasi penuh mulai esok | The Malaysian InsightSemua syarikat wajib mematuhi SOP yang merangkumi jarak fizikal pekerja dan langkah berjaga-jaga kebersihan, kata Mohamed Azmin Ali.
Read more »
Perkeso mulakan program saringan Covid-19 | The Malaysian InsightIa melibatkan pekerja termasuk pekerja asing syarikat dalam sektor yang dibenarkan beroperasi ketika tempoh PKP.
Read more »
Tiada pengurangan sewa premis, peniaga semakin tertekanjohorbahru Peniaga barangan permainan kanak-kanak, Ah Siong antara peniaga yang merasai kesannya apabila pemilik premis yang disewa tetap mengenakan bayaran sama walaupun tidak beroperasi
Read more »
Perjalanan pulang intra-zon lebih 4,000 pelajar mula esokPelajar di zon utara, zon timur, dan di Malaysia Timur akan pulang esok. FMTNews PKP
Read more »