Sabah umum pakej bantuan Covid-19 fasa kedua bernilai RM240 juta
KERAJAAN Sabah hari ini mengumumkan peruntukan Pakej Bantuan Covid-19 fasa kedua bertemakan “Sabah New Deal” bernilai RM240 juta bagi membantu mengaktifkan, memulih dan menyuburkan kembali sektor ekonomi negeri yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.
“Tiga objektif itu ialah mempercepat transformasi kepada ekonomi digital, memanfaat dan memperluaskan peluang ekonomi dalam bidang agromakanan dan memperkasakan sumber manusia serta menjana peluang pekerjaan baharu,” katanya ketika mengumumkan pakej berkenaan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di Kota Kinabalu.
Beliau berkata sejumlah RM60 juta diperuntukkan bagi menggalakkan sektor swasta termasuk pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana di Sabah beralih kepada urus niaga ekonomi digital. “Selain itu, sejumlah RM13.21 juta diperuntukkan bagi mewujudkan enam Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Hasil Tani iaitu di Sipitang, Keningau, Kota Marudu, Lahad Datu, Kundasang, Ranau dan Telupid.
Menurutnya, kerajaan negeri turut merangsang pemulihan sektor pelancongan yang terjejas teruk sejak penularan Covid-19, dengan memperuntukan RM5 juta bagi insentif perjalanan dan geran dipadankan bagi program Perjumpaan, Insentif, Persidangan dan Acara, selain menyediakan geran khas RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan destinasi pelancongan.
Mohd Shafie berkata kerajaan negeri turut bersetuju dengan keputusan SEDCO untuk menangguhkan pembayaran pinjaman pengusaha PKS selama enam bulan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Covid-19: 10 new cases, new cluster identified in SabahCORONAVIRUS | Total cases are now at 8,515 with 521 active cases.
Read more »
Kluster baharu Covid-19 dikesan di Sabahputrajaya covid19 Kluster baharu Covid-19 dikesan di sebuah rumah di Sabah membabitkan satu kematian dan dua kes positif setakat ini
Read more »
New Sabah cluster linked to Covid-19 fatality | The Malaysian InsightIndex case was 96-year-old woman who died of heart complications on June 12.
Read more »
3 sekeluarga di Sarawak positif Covid-19 | The Malaysian InsightAhli keluarga pertama yang dikesan positif adalah IPT, dan terima kunjungan saudara-mara semasa Aidilfitri baru-baru ini.
Read more »
Singapore scientists to start human trials of Covid-19 vaccine in August | Malay MailSINGAPORE, June 16 — Singapore scientists testing a Covid-19 vaccine from US firm Arcturus Therapeutics plan to start human trials in August after promising initial responses in mice. More than 100 vaccines are being developed globally, including several already in human trials from the likes of...
Read more »