kotakinabalu Sabah masih meneruskan penangguhan solat berjemaah termasuk solat Jumaat serta tarawih di masjid dan surau di negeri ini.
Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, penangguhan masih berkuatkuasa sehingga 26 Mei hadapan."Langkah ini diambil bagi membendung penularan Covid-19 dalam kalangan jemaah masjid mahupun surau.
"Ia lebih membimbangkan dengan wujudkan kluster baharu dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Sabah," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkaitan kebenaran mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu selain solat sunat tarawih serta solat sunat Aidilfitri di Wilayah Persekutuan.
Zulkifli dilaporkan berkata, solat Jumaat sudah boleh dilaksanakan bermula esok manakala solat lain secara berjemaah dibuat secara berperingkat. Bagaimanapun, beliau berkata bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang, tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Johor benar solat Jumaat, Aidilfitri dan akad nikah bersyarat | The Malaysian InsightAntara syarat itu ialah hanya 12 jemaah bagi solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di sesebuah masjid yang merangkumi imam satu, imam dua, bilal, siak serta lapan individu lain yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid.
Read more »
Perak benar solat Jumaat, Aidilfitri bersyarat | The Malaysian InsightSultan Perak Sultan Nazrin Shah beri perkenan tetapi tertakluk kepada beberapa syarat antaranya bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang, termasuk imam dan khatib.
Read more »
Johor, Perak benar solat Jumaat bersyarat mulai esokJohor berkata keputusan itu berdasarkan hujah mahu menegakkan syiar Islam dan berdasarkan kaedah feqah. FMTNews PKPB SolatJumaat SolatAidilfitri
Read more »
Solat Jumaat, jemaah, tarawih dan Aidilfitri dibenar di zon hijau di Wilayah PersekutuanLain-lain solat secara berjemaah di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat esok. FMTNews PKPB
Read more »
Solat Jumaat, Aidilfitri di masjid, surau terpilihnegerisembilan SOLAT Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di Negeri Sembilan hanya dibenarkan di masjid dan surau terpilih dengan bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang.
Read more »
Solat Jumaat, jemaah tak lebih 30 orang dibenar di zon hijau di WPKebenaran untuk bersolat jemaah dikehendaki mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan. FMTNews PKPB
Read more »