Al-Nassr menang 3-1 ke atas Abha pada suku akhir Piala Raja semalam, namun Ronaldo, 38, gagal meledak gol dalam perlawanan ketiga berturut-turut, situasi yang membuatkannya tidak gembira sejurus tamat saingan.
RIYADH: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas dinafikan peluang untuk menamatkan kemarau jaringan bersama Al-Nassr ketika menentang Abha pada suku akhir Piala Raja semalam.Sami Al-Najei dan Abdullah Al-Khaibari meletakkan Al-Nassr mendahului 2-0, namun hasrat Ronaldo untuk menjaringkan gol tersekat selepas pengadil meniupkan wisel tamat babak pertama ketika dia sedang berlari melancarkan serangan balas.
Ini bukan kali pertama bekas bintang Real Madrid, Manchester United dan Juventus itu naik angin di dalam padang. Dia turut menunjukkan kelakuan sama ketika pasukannya tewas tipis 0-1 kepada seteru utama, Al-Ittihad dalam saingan Liga Pro Saudi, minggu lalu dengan mengoyakkan lilitan kapten di lengan selepas perlawanan tamat.
Tidak cukup dengan itu, dia turut pernah membaling botol ke tepi garisan padang sebelum menuju ke terowong bilik persalinan. Ronaldo sebelum ini sudah meledak lapan gol dalam empat penampilan Liga Pro Saudi, termasuk menjaringkan empat gol ketika berdepan Al-Wehda pada 10 Februar.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Soccer-Booked, subbed and goalless - a rough night for Ronaldo(Reuters) - Cristiano Ronaldo's Al-Nassr beat Abha 3-1 in the King's Cup on Tuesday but it was a disappointing night for the Portuguese forward, who failed to score, received a yellow card and was substituted for the first time since his move to Saudi Arabia.
Read more »
Azizulzulhasni tarik diri Piala Negara-Negara UCI“Demi memberi ruang untuk mendapatkan pemulihan yang optimum, tempat saya akan digantikan oleh Fadhil Zonis. Saya memohon supaya anda semua terus memberikan sokongan kepada atlet lumba basikal yang akan bertanding di sini.'
Read more »
SIS Forum gagal cabar fatwa isytihar sesatMahkamah Rayuan menolak rayuan rayuan Sisters In Islam Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk membatalkan fatwa yang mengisytiharkan organisasi itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran sebenar Islam.
Read more »