KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan membincangkan rombakan kabinet dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan membincangkan rombakan Kabinet dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata, keperluan merombak Kabinet ketika ini adalah tidak terlalu mendesak kerana hanya terdapat satu kekosongan jawatan iaitu di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup .“Mungkinlah , mungkin saya terfikir. Tak mendesak sangat sebab yang kosong satu, saya dah minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Armizan Mohd. Ali dan Timbalan Menteri , Fuziah Salleh memberikan perhatian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji di Menara TH di sini hari ini. Sebelum ini, media melaporkan kemungkinan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat melibatkan beberapa kementerian serta dakwaan rombakan itu hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil Pelangai pada 7 Oktober ini.
Semalam Anwar secara ringkas berkata, beliau sedang mempertimbang perkara tersebut, di sebalik desas-desus bahawa akan berlaku rombakan dalam masa terdekat. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mesyuarat jemaah menteri tidak bincang rombakan KabinetIsu rombakan menjadi polemik susulan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kosong kerana kematian penyandangnya.
Read more »
Fahmi: Tiada perbincangan mengenai rombakan KabinetPUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar) berkata tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri ha...
Read more »
Desas-desus rombakan Kabinet: “saya fikir dahulu”KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata beliau akan memikirkan terlebih dahulu berkaitan isu rombakan Kabinet. “Saya f...
Read more »
Rombakan Kabinet: Sebelum ditarik, laksana amanah sebaik mungkin'Saya beritahu lah terus terang sebab jawatan ini satu amanah. Kuasa ini Allah SWT yang tentukan, dia akan beri dan dia akan tarik.'
Read more »
Watch trends: Louis Vuitton, Cerruti 1881 among notable timepiece events in Kuala LumpurKUALA LUMPUR, Sept 29 — The month of September is a busy time for fashion and jewellery events in Kuala Lumpur. From Louis Vuitton’s fine jewellery and watch pop-up to...
Read more »
Tiada perbincangan rombak Jemaah Menteri, kata FahmiDesas-desus rombakan Jemaah Menteri timbul susulan PRN di enam negeri pada Ogos.
Read more »