RM37 juta barang seludup dirampas, 119 ditahan tahun ini FMTNews FMTBerita
Menerusi Op Kontraban, polis merampas rokok dan minuman keras dalam tin serta botol bernilai RM19 juta sejak Januari lalu.
KUALA LUMPUR: Polis menahan 119 individu dan merampas barangan bernilai RM37 juta dalam serbuan membanteras kegiatan penyeludupan dan penyelewengan barangan kawalan di seluruh negara sejak awal tahun ini sehingga Selasa lepas. Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata ia hasil 45 serbuan dibuat polis melalui Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar Perisikan Siasatan Khas melibatkan Op Kontraban dan Op Tiris.
Beliau berkata, menerusi Op Kontraban, pihaknya menahan 43 individu serta merampas rokok dan minuman keras dalam tin serta botol bernilai RM19 juta.“Dalam tempoh sama, polis turut membuat 24 serbuan dengan nilai rampasan lebih RM18 juta melalui Op Tiris membabitkan minyak diesel, minyak petrol dan minyak masak serta menahan 76 individu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, polis komited dan fokus dalam usaha memerangi jenayah kontraban serta penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi, selain usaha sama dengan agensi lain akan diteruskan bagi mengekang jenayah itu.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Woman loses RM37,000 to bonus forex trading siteSIBU: A 30-year-old woman was cheated of RM37,217 due to a non-existent forex trading scheme that promised 100% returns.
Read more »
Wanita hamil lima bulan maut tercampakMACHANG: Seorang wanita yang hamil lima bulan maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh dua buah kereta di Jalan Kemuning-Bukit Bakar di sini semalam.
Read more »
Dua pengedar ditahan, dadah RM3.22 juta dirampasDua pengedar ditahan, dadah RM3.22 juta dirampas
Read more »
Polis rampas rokok seludup, mercun bernilai RM170,000Polis rampas rokok seludup, mercun bernilai RM170,000
Read more »
PTP labur RM3 bilion kembang operasiPTP mahu tingkat kapasiti kendalikan kontena kepada 16.5 juta TEU (unit bersamaan 20 kaki) setahun daripada kira-kira 13 juta TUE ketika ini.
Read more »