Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh kenaikan harga minyak dan permintaan kukuh daripada China untuk komoditi utama Malaysia, terutamanya minyak, kata seorang penganalisis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata prospek lanjutan kredit kepada pemaju hartanah akan menyaksikan usaha China untuk mengewangkan projek dengan mempercepatkan pembinaan bagi memacu jualan dan meningkatkan permintaan terhadap komoditi. “Ini positif untuk dagangan ringgit hari ini. Bagaimanapun, pasaran menjangka penurunan dalam inflasi AS pada Rabu, tetapi sudah tentu, persoalannya ialah sejauh mana ia akan mengatasi konsensus,” katanya kepada Bernama.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat bahawa mata wang tempatan akan disokong dengan baik hari ini berikutan jangkaan Indeks Harga Pengguna yang rendah di AS, yang akan dikeluarkan malam ini, mendapat lebih banyak momentum.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS | The Malaysian InsightUnit tempatan berada pada 4.6685/6725 berbanding dolar AS daripada 4.6655/6675 pada Jumaat lepas.
Read more »
Terserah BNM wajibkan pengeksport tukar hasil eksport kepada ringgit, kata menteri | The Malaysian InsightTengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia pernah dilakukan dan mempunyai pro fan kontra dalam mengawal perbezaan kadar faedah ringgit serta mata wang asing.
Read more »
Ringgit dibuka tinggi, data IHP AS dijangka rendah | The Malaysian InsightPada 9.05 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.6605/6650 berbanding dolar AS.
Read more »
Ringgit opens slightly higher ahead of key US inflation data | The Malaysian InsightRinggit opens slightly higher ahead of key US inflation data
Read more »
Ringgit ends higher v dollar | The Malaysian InsightAnalyst says traders await more clues on US inflation from the CPI tomorrow.
Read more »
Bukit Aman siasat Hadi, Guan Eng berhubung kenyataan 3R | The Malaysian InsightPolis turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.
Read more »