sihat Rawatan imunoterapi sesuai dilakukan pada semua peringkat usia pesakit barah paru-paru tanpa sebarang mutasi
PESAKIT barah sering dianggap 'pendek umur' terutama mereka yang didiagnosis berada pada tahap kritikal.
Perunding Klinikal Onkologi dan Radioterapi, Dr Matin Mellor Abdullah berkata, rawatan imunoterapi membantu memanjangkan jangka hayat pesakit barah paru-paru peringkat akhir berbanding rawatan kimoterapi. Menurut Dr Matin Mellor, pertambahan jangka hayat pesakit menunjukkan rawatan imunoterapi berkesan merawat penyakit barah paru-paru tanpa sebarang mutasi."Dalam badan setiap individu terdapat sel imun yang mencukupi untuk membunuh sel barah.
"Kebanyakan rawatan imunoterapi dilakukan terhadap pesakit barah paru-paru tahap empat tanpa sebarang mutasi. Rawatan ini boleh dilakukan menerusi dua cara iaitu menggunakan imunoterapi saja atau kombinasi imunoterapi dan kimoterapi."Bagi rawatan kombinasi ini, kimoterapi yang diberikan kepada pesakit ialah sebanyak empat hingga enam kali. Manakala imunoterapi diteruskan selama satu atau dua tahun, katanya.
Dalam pada itu, Dr Matin Mellor berkata, di peringkat global, barah paru-paru antara penyakit barah paling merbahaya kerana menyebabkan kematian dua juta orang di seluruh dunia pada 2018.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Zain masuk hospital lagirap SELEPAS dimasukkan ke hospital akibat jangkitan pundi kencing minggu lalu, pelakon Zain Saidin, 36, sekali lagi menerima rawatan di sebuah pusat perubatan apabila mengalami sakit bahagian belakang, Selasa lalu.
Read more »
Kunyah ais ke pusat dialisis 80kmpekan prkchini TERPAKSA menempuh jarak perjalanan lebih 80 kilometer (km) sehala tidak mematahkan semangat ibu kepada dua anak yang menghidap penyakit buah pinggang kronik untuk menjalani rawatan dialisis di Unit Hemodialisis Pekan, tiga kali seminggu.
Read more »