Rapid KL kongsi foto landasan LRT bengkok dan kerosakan struktur jejambat di Stesen Bandaraya
Pagi ini Rapid KL telah membuat tindakan drastik di mana akses laluan antara Masjid Jamek dan Bandaraya pada LRT Laluan Ampang terpaksa disekat dengan tren-tren dari stesen LRT Putra Heights perlu berpatah balik di Plaza Rakyat, manakala tren-ren dari Sentul Timur pula terpaksa berpatah balik di Stesen Bandaraya.
Menerusi foto-foto berkenaan dapat dilihat landasan tersebut jelas bengkok, dan ia turut menyebabkan kerosakan struktur pada tiang jejambat berkenaan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Rapid KL pagi tadi, pemerhatian awal menunjukkan kerosakan in dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan itu.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat Datuk Azlan Shah Al Bakri bersama Bahagian Penguatkuasaan Rel APAD turut telah turun ke lokasi berkenaan pada pukul 8 pagi tadi. Beliau telah mengarahkan siasatan dan tindakan susulan bagi menangani isu ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam sekitar lokasi tidak terjejas lebih teruk.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Damaged track causes delays on LRT Ampang, Sri Petaling lines | The Malaysian InsightRapid Rail closes service between Masjid Jamek and Bandaraya after kinks found in track.
Read more »
LRT Ampang Line stopped between Masjid Jamek and Bandaraya, trains to turn back - shuttle bus provided - paultan.orgThe LRT Ampang line is facing some issues. Rapid KL has decided to block access to the line between Masjid Jamek and Bandaraya stations due to safety reasons. Trains from both directions will turn back …
Read more »
Belum dapat tawaran stesen televisyen tahun ini - Azwan AliPengacara sensasi, Azwan Ali memaklumkan dia belum menerima sebarang tawaran pengacaraan daripada mana-mana stesen televisyen tahun ini.
Read more »
LRT laluan Ampang alami kelewatan atas faktor keselamatan | The Malaysian InsightPemerhatian awal menunjukkan berlaku kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan, dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan.
Read more »