Bayanlepas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 25.73 kilogram (kg) sarang burung walit yang dibawa masuk dokumen sah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Sarang bernilai RM144,088 itu dirampas dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 28 Februari lalu.
Pengarah Maqis Pulau Pinang Zarina Ramli berkata, pihaknya mengesan kemasukan tidak sah sarang burung dari Taiwan itu selepas pemeriksaan rutin dilakukan pada 12 tengah hari. “Ia dibawa masuk pasangan warga tempatan berusia lingkungan 40-an dari Taiwan namun tidak mempunyai permit import dan sijil kesihatan negara asal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Zarina berkata, larangan pengimportan itu bagi mengekang risiko penyakit dan boleh menjejaskan industri penternakan burung. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Maqis 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11 akta sama, yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sindiket seludup 463 burung murai tumpasSINDIKET penyeludupan 463 burung murai batu dan kampung tumpas selepas polis menahan dua lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 30-an ketika serbuan di sebuah kawasan di Kulai, Johor Bahru.
Read more »
Perikatan Nasional dapat majoriti rampas Melaka, kata Umno | The Malaysian InsightEmpat wakil rakyat Pakatan berpaling tadah – dua dari Bersatu, seorang dari PKR dan seorang DAP.
Read more »
Taiwanese rapper receives death threats over his new single on Covid-19 | Malay MailKUALA LUMPUR, March 2 — Taiwanese rapper Dog G has received death threats over his latest song focusing on the Covid-19 outbreak. Unhappy Chinese viewers commented on the song, with some even threatening him. “If you say again that wuhan sick I will get an assassin from Taiwan to kill you,”...
Read more »