Promosi Tahun Melawat Perlis di Los Angeles BERITA Komuniti NASIONAL TERKINI
PEMANGKU Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan promosi Perlis – The Undeniable Charm sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 bersama para pemain industri pelancongan bagi pasaran Los Angeles, Amerika Syarikat, kelmarin.
Seramai 28 wakil daripada kalangan agensi pelancongan, syarikat penerbangan, media dan pempengaruh di Los Angeles menghadiri sesi rangkaian industri yang diadakan di Figueroa Street, Los Angeles, California yang dianjurkan oleh Pejabat Tourism Malaysia Los Angeles dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles.
Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi sama oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda bongsu baginda berdua iaitu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, yang disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles, Anil Fahriza Adenan serta Naib Presiden Tourism Malaysia Los Angeles, Akbal Setia selaku tuan rumah. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Selepas 20 tahun, projek perumahan dijangka siapSelepas 20 tahun diluluskan, pembinaan perumahan Taman Mayang Fasa 2 di sini dijangka boleh dikeluarkan daripada senarai projek perumahan
Read more »
Singapura hukum gantung banduan kelima tahun iniSingapura melaksanakan hukuman gantung terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun yang disabitkan bersalah mengedar heroin.
Read more »
Shereen lebur rekod 200m wanita berusia 25 tahunpemenang pingat emas 400m Sukan SEA itu memadam rekod 200m wanita berusia 25 tahun milik legenda olahraga negara, G. Shanti dengan mencatat
Read more »
Imran Khan dijatuhi hukuman penjara tiga tahunBekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan ditahan di kediamannya di Lahore, hari ini.
Read more »