PRN 2023: Pengundi Melayu menolak UMNO, PKR dan Amanah
DUA tajuk terakhir rencana saya mengenai politik ialah Melayu tidak boleh bergantung kepada UMNO lagi dan Selamat tinggal UMNO . Selepas itu saya tidak menulis lagi mengenai politik sehinggalah ke hari ini. Sebabnya ialah kerana saya telah hilang minat mengenainya.
Selepas PRN Melaka dan Johor, kita memperingatkan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa orang Melayu memberi kemenangan kepada UMNO bukan kerana mereka, tetapi in spite of them. Tiba PRU15. Pemimpin-pemimpin itu menghadapi pilihan raya itu dengan angkuh dan penuh keyakinan mereka akan dapat menubuhkan Kerajaan Pusat semula. Apa yang terjadi kepada UMNO dalam PRU15 kita semua tahu. UMNO kalah teruk. Rupa-rupanya, orang Melayu tidak mudah lupa.
Kemenangan dua kerusi di Pulau Pinang itu pun adalah di Bertam, kampung Tun Abdullah Ahmad Badawi, setelah menantunya Khairy Jamaluddin turun berkempen untuk calon UMNO, seorang bekas menteri. Satu kerusi lagi di Sungai Acheh, UMNO hanya menang dengan 147 undi. Saya berani mengatakan ia menang itu pun atas undi penyokong DAP, BN dan PKR. Mengharapkan undi penyokongnya sendiri, ia tidak boleh menang walau satu kerusi pun. Buktinya, lihatlah apa yang berlaku di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Tetapi, yang betul-betul menang adalah Pas. Keseluruhannya Pas memenangi 117 kerusi berbanding dengan rakan kongsinya, Bersatu 28 dan Gerakan satu. Apa yan lebih menarik dengan pencapaian Pas ialah lonjakan yang dibuatnya sekali gus membenam UMNO, PKR dan Amanah. Saya fikir pengundi Melayu bertindak seperti itu atas beberapa sebab.
Keempat, orang Melayu, termasuk bekas pengundi UMNO tidak dapat memaafkan Ahmad Zahid dan ahli-ahli MKT kerana membawa UMNO masuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP sedangkan resolusi Perhimpunan Agung terang-terang mengatakan “No Anwar. No DAP.”Keenam, di antara parti-parti Melayu yang ada sekarang, biar apa pun kelemahannya, pemimpin-pemimpin Pas nampak lebih bersih, lebih berintegriti dan lebih boleh dipercayai.
Mengenai kekalahan teruk UMNO, faktor utamanya ialah orang Melayu tidak dapat menerima UMNO bekerjasama dengan DAP dan PH. Itulah hakikatnya. Mengenai PKR, orang Melayu tidak percaya Anwar dan PKR boleh diharap untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Amanah hanya parti parasit yang tidak relevan dari awal lagi yang digunakan oleh DAP untuk memecahbelahkan Pas.
Bagaimana dengan ahli-ahli MKT UMNO? Terdapat seorang yang telah bersuara, itu pun bukanlah seorang ahli politik profesional. Beliau adalah seorang profesional yang dilantik menjadi Ahli Dewan Negara untuk membolehnya dilantik menjadi Menteri.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pulangkan tanah rizab Melayu dipegang bukan Melayu ikut undang-undangMHO menyarankan supaya tanah rizab Melayu dikembalikan semula kepada pihak yang benar dengan mengguna pakai Seksyen 380 KTN 1965.
Read more »
Jumlah jawatan meningkat 2.4% pada suku tahun kedua 2023 | The Malaysian InsightTrend peningkatan dalam bilangan jawatan diisi dapat dilihat meningkat sebanyak 2.5% merekodkan 8.64 juta jawatan pada suku tahun kedua 2023.
Read more »
Kian Kok wins state-level student ForumKota Kinabalu: Kian Kok Secondary School became 2023 Student Forum champs at the State level.
Read more »
Number of jobs up 2.4% in second quarter 2023, says Stats DeptPUTRAJAYA: The number of jobs increased by 2.4% in the second quarter (Q2) of 2023 to 8.83 million compared to 8.62 million in Q2 2022, according to the of Statistics Malaysia Department on Saturday (Aug 14).
Read more »
Stats Dept: Number of jobs in Malaysia up 2.4pc in Q2 2023PUTRAJAYA, Aug 14 — The number of jobs increased by 2.4 per cent in the second quarter (Q2) of 2023 to 8.83 million compared to 8.62 million in Q2 2022, according to the...
Read more »
KWSP catat pendapatan pelaburan RM33.19 bilion separuh pertama 2023Jumlah pendapatan pelaburan KWSP bagi suku kedua (S2 2023) ialah RM18.03 bilion, meningkat RM9.05 bilion daripada RM8.98 bilion.
Read more »