Pemilihan MPP Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilanjutkan sehingga pukul 5.30 petang esok ekoran masalah teknikal.
SHAH ALAM: Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara dilanjutkan sehingga pukul 5.30 petang esok ekoran masalah teknikal menyebabkan sebahagian mahasiswa tidak dapat mengundi.Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu memberitahu, perlanjutan tempoh yang sepatutnya tamat hari ini membenarkan mahasiswa yang belum mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
“Sepanjang proses pengundian dalam talian berlangsung, terdapat beberapa masalah teknikal telah dikenalpasti yang menyebabkan sebilangan mahasiswa UiTM tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan mengundi dalam talian. “Oleh demikian, bagi memudahkan serta memberi peluang kepada semua mahasiswa UiTM di seluruh kampus untuk mengundi, Jawatankuasa Induk Pemilihan bersetuju untuk melanjutkan tempoh mengundi dalam talian sehingga 19 Januari 2023 pada jam 5:30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan lebih 160,000 mahasiswa memilih 94 calon daripada 24 fakulti dan kolej pengajian selepas kempennya yang bermula pada Isnin minggu lalu tamat 11.59 malam tadi. Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar , Profesor Dr. Mohd. Sazili Shahibi, pengundian hari ini akan menyaksikan pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi setiap fakulti dan kolej pengajian sebelum mereka menyertai MPP. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
160,000 siswa UiTM mengundiLebih 160,000 mahasiswa UiTM mengundi dalam pemilihan MPP hari ini secara dalam talian bermula 12.01 tengah malam tadi hingga 5.30 petang.
Read more »
Soleen panggil 43 pemain untuk pemilihan bola sepak wanitaKetua Jurulatih Malaysia Tigress, Soleen Al-Zoubi nampaknya sudah memulakan langkah awal untuk memperkasakan bola sepak wanita negara.
Read more »
Pemilihan dua jawatan tertinggi UMNO dibuat menerusi PAU 2022Ketetapan usul tidak memerlukan pindaan Perlembagaan parti kerana pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden masih berlaku.
Read more »
[VIDEO] Tuduhan cederakan orang: Sharnaaz Ahmad tiba di mahkamahTahun lalu media melaporkan, pelakon lelaki berusia 38 tahun itu direman tiga hari. Beliau dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal…
Read more »
Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j | The Malaysian InsightPelaksanaan pengurangan had laju itu bermula esok hingga 27 Januari ini.
Read more »