MUAR: “Nazri, anggap penduduk Simpang Jeram ini sebagai keluarga kita, susah dia susah awak, senang mereka walaupun bukan senang awak, tapi sekurang-k...
: “Nazri, anggap penduduk Simpang Jeram ini sebagai keluarga kita, susah dia susah awak, senang mereka walaupun bukan senang awak, tapi sekurang-kurangnya awak rasa gembira dengan kesenangan mereka,” itu nasihat terakhir dititipkan Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada Nazri Abdul Rahman‘Wasiat’ terakhir yang disampaikan Allahyarham Salahuddin, sebelum meninggal dunia pada 29 Julai lepas akibat pendarahan otak itu, sehingga kini masih terngaing-ngiang di telinga Nazri, calon Pakatan Harapan bagi...
“Kalau kita lihat parti lain mungkin bila ditawarkan jadi wakil rakyat mereka berebut tapi saya tak. Bila jadi wakil rakyat ini satu tanggungjawab, saya tak nak nanti bila mati saya disoal dapatkah kita laksana tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di kediamannya. “Sebelum meninggal, Allahyarham banyak kali berkata dengan saya, Nazri, kalau saya tak ada di sini, awaklah pengganti saya, itu amat terkesan di hati saya.
“Secara peribadi dia sering fikir masalah rakyat, pukul 3 pagi tak tidur, 5 pagi tahajud, lepas subuh tidur kejap, bangun pergi kepada rakyat, pergi kepada kawasan-kawasan, saya sebagai pengikut bawa dia ke sana ke mari. Dari segi perhidmatan kepada masyarakat komitmen beliau amat-amat tinggi. “Sebab itu lahirnya Menu Rahmah ini, idea bermula di DUN Simpang Jeram, Allahyarham berkongsi dengan saya bahawa beliau hendak melaksanakan Menu Rahmah, nak memastikan bahawasanya setiap kali watu makan, ada makanan atas meja, dapat bantu orang susah,” katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PRK: Saya daripada keluarga susah, faham denyut nadi rakyatPRK: Saya daripada keluarga susah, faham denyut nadi rakyat - Zulkifli
Read more »
PRK: Bukan 1, 2 tapi 11 kain rentang pecahkan perpaduanPRK: Bukan 1, 2 tapi 11 kain rentang pecahkan perpaduan - Ahmad
Read more »
By-election: Nazri’s ‘engineering background’ can help overcome floods in Simpang JeramMUAR: Pakatan Harapan (PH) candidate for the Simpang Jeram state seat by-election, Nazri Abdul Rahman, is regarded as the best candidate to help the l...
Read more »
PRK: Mat Sabu ketinggalan sejarahPRK: Mat Sabu ketinggalan sejarah - Hadi
Read more »
PRK: Bantu PN nafikan majoriti dua pertiga kerajaan AnwarPRK: Bantu PN nafikan majoriti dua pertiga kerajaan Anwar - Radzi
Read more »