Polis tahan warga Belarus keluar kata-kata kesat
SEORANG lelaki warga Belarus hari ini dikompaun selepas didapati cuba merentas negeri dengan berjalan kaki dari Sepang, Selangor menuju ke Port Dickson sebelum ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang bertugas dalam satu sekatan jalan raya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata dalam insiden pada 2.08 petang, lelaki berusia 29 tahun itu didapati cuba merentas negeri tanpa kebenaran dan alasan munasabah. “Pegawai yang bertugas di sekatan jalan raya telah mengeluarkan kompaun ke atas lelaki berkenaan dan dia bagaimanapun secara tiba-tiba memarahi petugas itu dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina selain bertindak agresif.
“Berikutan itu lelaki tersebut telah ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk tindakan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghalang tugas penjawat awam. – Bernama, 31 Mei, 2020.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis tahan 30 individu ingkar PKPB, leka berparti | The Malaysian InsightTangkapan itu dibuat di dua lokasi berasingan di Ipoh.
Read more »
Polis Perlis tahan warga Jerman jalan kaki rentas negeriLelaki berusia 24 tahun itu dilihat berjalan kaki dari arah Changlun, Kedah, sebelum ditahan di sekatan jalan raya Ulu Pauh, Perlis semalam. FMTNews PKP SJR
Read more »
Warga emas mabuk cuba langgar sekatan polisNamun anggota polis yang sedang bertugas bernasib baik kerana sempat mengelak dalam kejadian pada kira-kira 10.30 malam tadi di Bayan Baru. FMTNews Mabuk QueensbayMall
Read more »
Dah nak rempuh, maki polis pula!bayanlepas Beberapa anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran Queensbay, di Bayan Lepas, nyaris dirempuh kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai mabuk, malam tadi.
Read more »
Polis sebabkan kematian Floyd didakwaMinnesota Pegawai polis di Minneapolis, di sini yang didakwa menyebabkan kematian George Floyd hingga berlaku tunjuk perasaan di beberapa bandar, dituduh di mahkamah pada Jumaat.
Read more »