kualalumpur Siasatan terhadap kes menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara akan diselesaikan dalam masa terdekat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.
"Saya tidak akan mendedahkan petunjuk baharu kerana masih dalam siasatan. Oleh itu, saya mohon berikan kami sedikit masa untuk menyelesaikan siasatan kes ini.
"Selain itu, suspek juga sudah dikenal pasti berdasarkan risikan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang baharu, hari ini. Mazlan berkata, setakat ini hanya satu saja kertas siasatan dibuka berhubung kes terbabit dan beberapa laporan polis telah dilakukan. Baru-baru ini, mural memaparkan potret antaranya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan cat merah di Taman Cahaya Alam Seksyen U12 Shah Alam, Selangor.Mural itu adalah hasil karya tiga anak muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27 tahun.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lelaki jual air ketum di tepi pantai ditahan polisseberangperai TINDAKAN seorang lelaki yang menjual air ketum di sebuah bangsal dekat Pantai Bersih, di sini membawa padah apabila dia ditahan polis petang semalam.
Read more »
4 anggota polis tidak mengaku salah terima rasuahjohorbahru Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan meminta dan menerima suapan rasuah berjumlah antara RM1,400 hingga RM7,000 pada April 2018.
Read more »
Dua lelaki ditahan cuba rasuah polisjohorbahru POLIS menahan dua lelaki warga Bangladesh malam tadi selepas cuba menyogok Ketua Balai Polis Danga Bay wang tunai berjumlah RM10,000 supaya melepaskan sembilan pendatang asing tanpa izin yang ditangkap semalam.
Read more »
2 lelaki Bangladesh cuba rasuah polis ditahan | The Malaysian InsightLelaki terbabit cuba menyogok polis dengan wang tunai RM10,000.
Read more »
Polis patahkan cubaan jadikan rumah sebagai makmal dadah | The Malaysian InsightPolis menemui pelbagai peralatan memproses dadah di rumah berkenaan.
Read more »
2 lelaki Bangladesh ditahan cuba sogok polis RM10,000 lepas 9 PATIDua lelaki itu cuba menyogok ketua Balai Polis Danga Bay sebanyak RM10,000 supaya melepaskan 9 pendatang tanpa izin yang ditangkap semalam. FMTNews PATI
Read more »