KualaLumpur Suspek dikesan menyediakan khidmat penghantaran segera kepada pelanggan yang mahukan produk tidak berdaftar Misoprostol untuk tujuan pengguguran janin segera.
Suspek dikesan menyediakan khidmat penghantaran segera kepada pelanggan yang mahukan produk tidak berdaftar Misoprostol untuk tujuan pengguguran janin segera.
Beliau berkata, pihaknya mengambil tindakan terhadap dua penjual yang menjalankan penjualan pil Misoprostol secara dalam talian di media sosial.cash on delivery“Selain itu, serbuan juga dijalankan terhadap dua premis di pusat beli-belah terkemuka menjalankan perniagaan menjual beg dan pakaian serta salun rambut.
“Keseluruhan produk mengandungi Misoprostol dirampas membabitkan 1,430 biji yang dijual dengan pada harga RM 175 sebiji. “Namun pemegang pendaftaran produk itu dibatalkan pendaftarannya pada November 2016 kerana Misoprostol sering disalah guna untuk tujuan pengguguran janin. “Penjualan produk tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan satu kesalahan mengikut Peraturan 30 peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Akta Jualan Dadah 1952.
“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati sewaktu membeli produk kesihatan yang dijual secara dalam talian, tidak mudah terpedaya dengan iklan dan maklumat yang disiarkan,” katanya.