Skuad hoki Malaysia mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya selepas melakar kemenangan pertama dalam Kumpulan C Piala Dunia 2023
ROURKELA – Malaysia terpaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menewaskan Chile 3-2 dalam perlawanan yang penuh mendebarkan pada aksi kedua Kumpulan C di Stadium Hoki Birsa Munda sebentar tadi.
Chile membuka tirai jaringan menerusi Juan Amoroso pada minit ke-20 sebelum Muhammad Razie Rahim mengikat kedudukan buat Malaysia enam minit kemudian. Martin Rodriguez kembali meletakkan Los Diablos di hadapan tiga minit kemudian sebelum Malaysia sekali lagi menyamakan kedudukan melalui Ashran Hamsani pada minit ke-41.
Penyerang lincah, Norsyafiq Sumantri muncul wira apabila meledak gol kemenangan Malaysia pada minit ke-42 selepas gol ketiga Chile dibatalkan pengadil ketika permainan berbaki tujuh minit lagi sebelum tamat. Kemenangan dramatik itu kini meletakkan skuad negara sebelah kaki ke pusingan seterusnya walaupun berbaki satu lagi aksi terakhir Kumpulan C menentang New Zealand di Stadium Kalinga, Bhubaneswar pada Khamis ini.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia tewas kepada Belanda pada hoki Piala Dunia | The Malaysian InsightAnak buah Arul Selvaraj sukar atasi juara tiga kali.
Read more »
Piala Dunia Hoki: New Zealand atasi Chile 3-1New Zealand merakam kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan C selepas menewaskan Chile 3-1 di Stadium Hoki Birsa Munda sebentar tadi.
Read more »
Piala Dunia Hoki: Arul puas hati prestasi pemainKetua jurulatih skuad hoki negara, A. Arul Selvaraj tetap memuji kesungguhan ditunjukkan anak-anak buahnya walaupun tumbang 0-4 kepada Belanda pada aksi Kumpulan C Piala Dunia Hoki 2023 hari ini.
Read more »
Misi mesti menangMalaysia perlu mengelak melakukan kesilapan dalam misi mesti menang ke atas Chile dalam aksi kedua Piala Dunia 2023 di sini hari ini.
Read more »
Malaysia akur kehebatan belanda, kecundang 4-0Pujian wajar diberikan kepada skuad hoki negara kerana memberikan tentangan sengit kepada gergasi No.3 dunia, Belanda biarpun tewas 0-4 pada aksi pertama Kumpulan C Piala Dunia Hoki 2023 sebentar tadi.
Read more »
Apriyani-Siti Fadia gagal pertahan gelaran akibat kecederaanPasangan No. 11 dunia itu memutuskan untuk tidak meneruskan permainan ketika ketinggalan 0-2 dalam set kedua setelah kaki kanan Siti Fadia terseliuh.
Read more »