Profesional Golf Malaysia (PGM) tidak pernah melupakan sumbangan amal kepada badan-badan kebajikan dan golongan yang memerlukan.
SUBANG: Di sebalik penganjuran kejohanan golf berprestij Siri Jelajah Toyota 2024, pihak Profesional Golf Malaysia tidak pernah melupakan sumbangan amal kepada badan-badan kebajikan dan golongan yang memerlukan.
Sumbangan itu disampaikan oleh anak Pengasas PGM, Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Ariff Tuah Ahmad Sarji kepada Pengerusi Pusat Pengajian Al-Quran, Datuk Sulaiman Osman semasa majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan pro-am. Pemain profesional, Nazrin Zain yang bergandingan dengan Imran Mohamad Nor , Mahathir Mohamad Sidi dan Aziz Hassan muncul juara berpasukan dengan 134 pukulan keseluruhan. Setiap amatur membawa pulang putter Taylor Made Spider manakala pemain profesional membawa pulang wang tunai RM1,000.