Kerajaan akan membentang perintah pewartaan pemberian khas interim Sabah sebanyak RM300 juta dalam sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Armizan Mohd. Ali bagaimanapun tidak memberitahu, garis masa tetap untuk membentangkan pewartaan itu.
“Saya yakin, kementerian akan melakukan proses dan prosedur sepatutnya dan berharap perintah warta ini dapat dibentang dalam sidang Dewan Rakyat kali ini. Begitu juga perkataan interim yang akan dijelaskan nanti. Beliau berkata demikian menjawab celahan Isnaraissah Munirah Majilis bila ia akan dibentang di Parlimen seperti tahun lalu dan jika perkataan ‘interim’ akan dimasukkan di dalam warta itu nanti.
Pada 7 Mac lalu, Perdana Menteri juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amaun pemberian khas kepada kerajaan Sabah bernilai RM125.6 juta yang dinaikkan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini masih berkuat kuasa hingga kini.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kerajaan Negeri komited banteras jenayah siberKota Kinabalu: Kerajaan negeri komited untuk bersama-sama dengan kerajaan persekutuan dalam membanteras jenayah siber, terutamanya jenayah kewangan dan scam yang masih mencatat peningkatan ketara di Sabah.
Read more »
Majlis kerajaan juga wajib guna bahasa Melayu, kata ahli akademikFelo Kanan Majlis Profesor Negara Teo Kok Seong berkata kerajaan perlu memastikan peranan mereka mewajibkan pihak terlibat patuh arahan menggunakan bahasa Melayu.
Read more »
Tampung pengeluaran beras, kerajaan perhebat program SMART Ala SekinchanMohamad Sabu berkata kerajaan akan teliti semula jadual tanaman padi di Pantai Timur demi hasil dituai sebelum musim tengkujuh.
Read more »
Kerajaan digesa pertimbang pendirian tentang Statut RomSeorang peguam dan seorang bekas Ahli Parlimen menggesa kerajaan agar menerimanya dalam usaha menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
Read more »
Sediakan perkhidmatan bas percuma di seluruh negara, kerajaan diberitahuBadan industri dan pakar berkata, ia mampu membantu pengusaha bas sekolah yang semakin terjejas dengan kekurangan penumpang.
Read more »