Sebuah pesawat Alaska Airlines terpaksa dilencongkan ke Portland, Oregon selepas juruterbang tidak bertugas cuba mengambil alih kawalan.
SALEM: Sebuah pesawat Alaska Airlines yang dalam perjalanan ke San Francisco terpaksa dilencongkan ke Portland, Oregon selepas seorang juruterbang yang tidak bertugas cuba mengambil alih kawalan pesawat tersebut.Suspek dikenali sebagai Joseph David Emerson, 44, ditahan oleh pihak berkuasa lapangan terbang sejurus selepas pesawat mendarat sebelum diserahkan kepada polis Portland.
Berdasarkan maklumat Pejabat Sherif Multnomah County, Joseph didakwa atas 83 pertuduhan cubaan membunuh orang ramai dan membahayakan pesawat. Syarikat penerbangan mengesahkan pesawat Alaska Airlines 2059 dari Everett, Washington dilencongkan selepas melaporkan ancaman keselamatan yang boleh dipercayai.
Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan menerusi satu notis kepada syarikat penerbangan memaklumkan juruterbang itu cuba mematikan enjin jet Embraer 175 dengan menghidupkan sistem pemadaman api. Jelas notis itu, kru kabin berjaya menghalang dan membawa keluar suspek dari kokpit sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.Berdasarkan laporan pangkalan data juruterbang FAA, Emerson disenaraikan sebagai juruterbang bertauliah yang mendapat pelepasan perubatan. – REUTERS
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bekas pekerja sambilan sebuah jabatan mengaku salah gagal lapor sogokan diterimanyaKUANTAN: Seorang bekas pekerja sambilan harian di sebuah jabatan kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 15 pertuduhan gagal mel...
Read more »
Banjir di Hilir Perak kian buruk, sebuah lagi PPS dibukaKeadaan banjir di Hilir Perak semakin buruk apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menampung pertambahan jumlah mangsa banjir di daerah ini.
Read more »
Alaska Air pilot used ‘magic’ mushrooms before flight, documents showJoseph Emerson tried to shut off the engines of a jet during a flight over the Pacific Northwest.
Read more »
Wanita terkejut balik bercuti tengok rumah kena robohSeorang wanita sedang memikirkan tindakan boleh diambil selepas sebuah syarikat tersilap merobohkan rumah yang dimilikinya.
Read more »
– PMX Dedah Terima Ugutan Dari Negara Barat, Namun Bertegas Akan Terus Pertahan PalestinTegas Perdana Menteri lagi, Malaysia adalah sebuah negara merdeka dan berdaulat justeru berhak untuk menyokong Palestin.
Read more »
TUMI Tampil Dengan Koleksi Alpha Menerusi Kempen ‘Essentially Beautiful’Koleksi Alpha Hybrid baharu ini mempunyai fungsi pemegang X-Brace 45®, iaitu sistem teleskopik aluminium yang kukuh seperti pesawat di mana ianya sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak!
Read more »