Permukiman jemaah menteri esok, kata Fahmi Fadzil
Permukiman jemaah menteri akan bermula esok bagi membincangkan hala tuju dan KPI semua kementerian. – Gambar fail Jabatan Perdana Menteri, 14 Januari, 2023.Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata sesi permukiman yang berlangsung di lokasi dirahsiakan itu antara lain bagi membincangkan soal hala tuju dan menetapkan petunjuk prestasi utama setiap kementerian.
“Pemukiman ini tepat pada masanya kerana dalam tempoh beberapa bulan ini, menteri-menteri sudah mengenali kementerian mereka dan mempunyai kefahaman terhadap kementerian, dan ini penting untuk hala tuju kerajaan perpaduan itu sendiri,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur, hari ini.
Sebelum ini, Anwar dilapor berkata satu program permukiman akan diadakan untuk Jemaah Menteri bagi menetapkan KPI setiap kementerian selain bertujuan mendapatkan input daripada menteri setelah lebih sebulan memikul tanggungjawab dan mengemukakan perkara yang dapat dilakukan atau diperbaiki. – Bernama, 14 Januari, 2023.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Fahmi: Comms Ministry to provide monthly report on its performanceKUALA LUMPUR: The Communications and Digital Ministry has started the 'Cerita Bulanan KKD' programme to share a monthly summary of the initiatives implemented by the ministry on social media.
Read more »
‘Cerita Bulanan KKD’ provides monthly report on ministry’s performance: Fahmi“Therefore, KKD is determined to report ‘Cerita Bulanan KKD’ to the people every month. Let the people judge the results of our work,“ he said. theSun thesundaily KKD CeritaBulananKKD AFFCup UnityPackage
Read more »
Dasar pelaksanaan 5G dibentang ke Kabinet sebelum akhir suku pertama, kata Fahmi | The Malaysian InsightSetakat ini KKD telah bertemu MOF, pengendali syarikat komunikasi dan pihak DNB untuk dapat maklum balas, kata menteri.
Read more »
Cerita bulanan KKD lapor prestasi kementerian setiap bulan, kata menteri | The Malaysian InsightFahmi berkata beliau berpegang teguh dengan konsep “Rakyat adalah Majikan”.
Read more »