Bisnes Kerajaan memperuntukkan RM295 bilion secara keseluruhan untuk melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dengan RM45 bilion suntikan fiskal langsung.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan Pakej Prihatin masih berterusan sejajar pelaksanaan Penjana."Seperti diumumkan Perdana Menteri minggu lalu, di bawah Pakej Prihatin, lebih 2.4 juta pekerjaan diselamatkan, lebih 11 juta rakyat menerima bantuan bagi mengurangkan beban aliran tunai dan lebih 300,000 syarikat dibantu. Insya-Allah, usaha ini berterusan," katanya.
"Bagi langkah memperkasakan rakyat, tumpuan khusus diberi kepada pekerjaan dan sehubungan itu, kerajaan memperuntukkan hampir RM9 bilion yang memanfaatkan tiga juta tenaga pekerja, manakala bagi perniagaan, pelbagai inisiatif tersedia untuk membantu syarikat bersaiz besar, perusahaan kecil dan sederhana serta mikro," katanya dalam perkongsian Laporan Laksana Kelapan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat di Facebooknya semalam.
"Berkuat kuasa 15 Jun 2020, program Subsidi Upah kini membenarkan majikan memohon bantuan untuk pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji," katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Fokus kesejahteraan rakyat, bukan kekayaan negara, kata Jomo kepada kerajaanMata pencarian tidak patut diukur berdasarkan KDNK negara. FMTNews KDNK Ekonomi AlamSekitar
Read more »
Timbang semula arahan PKPB, gesa Kit Siang | The Malaysian InsightPutrajaya perlu kaji semula arahan supaya ada keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.
Read more »
Undang-undang buruh perlu diperhalusi untuk pekerja ekonomi gig, kata timbalan menteri | The Malaysian InsightUndang-undang buruh perlu diperhalusi untuk pekerja ekonomi gig, kata timbalan menteri
Read more »
Indira Gandhi harap ditemukan semula dengan anak sebelum Deepavali | The Malaysian InsightBeliau menyerahkan kepada pihak polis untuk meneruskan pencarian anak perempuannya.
Read more »
Operasi cari mangsa bot karam di Bachok diperluas lebih 400 batu nautika persegiPasukan pencarian masih gagal mendapat petunjuk lokasi 3 lagi mangsa hilang. FMTNews Lemas Karam Bachok
Read more »