“Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Perjuangan baru bermula dan perjalanan masih jauh dan panjang.”
KOTA KINABALU: Hanya sehari selepas mengumumkan keputusan Barisan Nasional menarik sokongan daripada Datuk Seri Hajiji Noor, Bung Moktar dilihat mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur semalam.
Dalam Facebook rasminya, Bung Moktar yang mengetuai rombongan BN Sabah mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO itu bagi memaklumkan dan memberi penjelasan mengenai isu pergolakan politik Sabah. “Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Perjuangan baru bermula dan perjalanan masih jauh dan panjang,” katanya ringkas menerusi Facebook.
Ketua Menteri Sabah dikatakan telah mengemukakan senarai Jemaah Kabinet kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dalam pertemuan hampir sejam semalam.Walau bagaimanapun setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri mengenai istiadat berkenaan. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dakwaan Bung Moktar tidak berasas, Hajiji masih sah Ketua Menteri-GRSGRS menolak dakwaan Datuk Seri Bung Moktar bahwa Datuk Seri Hajiji Noor tidak mempunyai hak sebagai Ketua Menteri Sabah.
Read more »
Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan disiplin - Bung MoktarSetakat ini, 13 daripada 18 ADUN BN-UMNO menyokong tindakan parti untuk menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah.
Read more »
GRS leaders say Bung Moktar’s announcement proves BN-Warisan plan to topple Sabah govtKOTA KINABALU: The announcement by Datuk Seri Bung Moktar Radin that Sabah Barisan Nasional is pulling the plug over its support for Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor proves there is a plan to unseat the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) government.
Read more »
5 ADUN UMNO gesa Bung Moktar letak jawatanDalam kenyataan bersama itu mereka memaklumkan terkilan dan kesal kerana Sabah serta rakyat sekali lagi diheret dalam krisis politik disebabkan pihak tidak bertanggungjawab.
Read more »