Perikatan Kedah yakin menang 33 kerusi DUN, kata Sanusi
PERIKATAN Nasional Kedah yakin mampu memenangi 33 kerusi Dewan Undangan Negeri sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Pengerusinya Muhammad Sanusi Md Nor berkata keyakinan itu berdasarkan prestasi dan keputusan diperoleh PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas. “Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional sudah berlaku di peringkat Persekutuan dan saya jangka di peringkat negeri nanti pun sama.Beliau yang juga menteri besar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Menteri Besar Kedah kepada penjawat awam negeri, di Alor Setar hari ini.Hanya Pahang, Perak dan Perlis mengadakan pilihan raya peringkat DUN bersekali dengan Parlimen berikutan langkah ketiga-tiga negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing.
Negeri diterajui PH iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor serta negeri diteraju PAS iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah memutuskan tidak membubarkan DUN. Kedah mempunyai keseluruhan 36 DUN dan mandat kerajaan negeri hanya akan berakhir pada Julai ini. – Bernama, 5 Januari, 2023.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tutup premis judi tak jejas pendapatan Kedah, kata Sanusi | The Malaysian InsightMB Kedah itu berkata kerosakan akibat judi lebih besar daripada jumlah pendapatan sekitar RM400,000 setahun.
Read more »
Keputusan tutup premis judi muktamad – SanusiKeharmonian kaum tak mungkin dapat dibentuk melalui perjudian sebaliknya boleh dibina melalui kegiatan berfaedah termasuk integrasi sekolah.
Read more »
Sanusi mahu jumpa Anwar perjelas projek Aerotropolis'Saya difahamkan Perdana Menteri fikir projek ini akan guna wang Kerajaan Persekutuan. Dalam keadaan kantung kerajaan kurang memberangsangkan, sudah tentu mereka berpandangan projek ini perlu ditangguh'
Read more »
Kalau ‘hasil’ judi RM400 juta pun saya hentikan - SanusiNak ‘baiki’ masyarakat, ahli keluarga yang berselerak kerana bapa jadi tahi judi balik tabuh (pukul) anak, tabuh mak, juai harta, curi duit kerana gila judi lebih teruk daripada RM400,000 kerugian itu
Read more »
Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah tipu bekas speaker DUN Melaka | The Malaysian InsightKesalahan itu boleh dihukum denda antara RM250,000 hingga RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Read more »