Perhimpunan solidariti Muhyiddin: Polis kenal pasti penganjur, penyokong
POLIS telah mengenal pasti penganjur dan beberapa individu yang menganjurkan perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada Khamis lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan. Beliau berkata polis juga telah membuka kertas siasatan kes berkenaan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya. “Siasatan kes berkenaan sedang dijalankan dan kami akan panggil mereka yang terlibat untuk diambil keterangan kes ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Town Hall Discussion sempena Hari Polis ke-216 di Kuala Lumpur hari ini.
Pada Khamis lepas, Muhyiddin dipanggil ke SPRM Putrajaya untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa dan isu berkaitan.Semalam, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta. – Bernama, 11 Mac, 2023.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis kenal pasti individu terlibat himpunan solidariti MuhyiddinKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mereka akan dipanggil segera untuk membantu siasatan.
Read more »
Pengacara majlis Persidangan Agung Tahunan Srikandi Bersatu sebak kenang Muhyiddin didakwaWanita itu dilihat tidak dapat mengawal perasaannya setelah mengenangkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa di mahkamah di sini pagi tadi atas empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Read more »
Perwakilan Bersatu dijangka desak segerakan PRN, kata timbalan presiden | The Malaysian InsightPerwakilan Bersatu dijangka desak segerakan PRN, kata timbalan presiden
Read more »
MACC to release Muhyiddin later today, says SaifuddinPUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin is expected to be released by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on Thursday (March 9), says Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Read more »
MACC confirms Muhyiddin to be charged tomorrowPUTRAJAYA: Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki has confirmed that former prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin would be charged tomorrow.
Read more »