Seorang penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian membabitkan barang milik mangsa kes tanah runtuh di tapak perkhemahan
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata, lelaki berusia 27 tahun berkenaan ditahan di sekitar Lembah Klang, semalam.“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan polis menerima dua laporan polis mengenai kehilangan barang milik mangsa kes tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting, di sini, pada 16 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya terkesan dengan satu hantaran berhubung isu tular di Facebook yang dipercayai dikeluarkan oleh salah seorang ahli keluarga mangsa.
Katanya, hantaran ahli keluarga mangsa itu turut menyatakan terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch N Go milik mangsa tragedi berkenaan. Menurutnya, dua laporan polis berhubung isu tular berkenaan diterima pihaknya pada 2.47 petang pada 1 Januari lalu. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
SPRM tahan dua penjawat awam, pesara kerajaanSPRM tahan dua penjawat awam, pesara kerajaan
Read more »
SPRM rai 40 penjawat awam jasa banteras rasuahSPRM rai 40 penjawat awam jasa banteras rasuah
Read more »
Penjawat awam suspek kes curi barang mangsa Batang Kali ditahan | The Malaysian InsightSuspek berusia 27 tahun itu ditahan semalam dan polis sedang mendapatkan perintah tahanan reman.
Read more »
Peniaga dituduh lakukan amang seksual terhadap kanak-kanakKUALA TERENGGANU: Seorang peniaga kedai runcit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, minggu lalu.
Read more »
Masalah peribadi punca kes letupan di Pandan Indah | The Malaysian InsightMangsa dan kedua-dua suspek yang berumur 33 dan 30 tahun merupakan kenalan sejak dari kampung di Kedah, dengan si suami bekerja sebagai seorang kontraktor, manakala isterinya seorang suri rumah.
Read more »
Pasangan suami isteri direman 5 hari kes rasuah | The Malaysian InsightMereka disyaki minta dan terima suapan daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk menarik balik sekatan pasport miliknya, menurut sumber.
Read more »