Pencapaian pendidikan pasca 100 hari Kerajaan Perpaduan
Hari ini, murid-murid di negeri kumpulan A mula bersekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024. Tentunya ini pengalaman pertama persekolahan untuk anak-anak di tahun satu sekolah rendah dan yang melangkah ke tingkatan satu sekolah menengah. Kebetulan, ini juga pengalaman pertama untuk Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang baru sahaja melepasi 100 hari sebagai pemimpin nombor satu sektor pendidikan negara.
Tujuh teras ini berhasrat memberikan fokus kepada meningkatkan kualiti komunikasi antara KPM dan sekolah, membina karamah insaniah berkaitan adab dan akhlak murid, menjaga kebajikan guru, menyelesaikan isu sekolah daif, menangani keciciran murid dan kemiskinan multi dimensi serta meningkatkan agenda pendidikan digital.
Begitu juga apabila dalam tempoh 100 hari ini, rakyat khususnya guru mula acapkali mendengar istilah besar seperti ‘karamah insaniah’, ‘anak baik dan cerdik’, dan slogan ‘murid ceria, guru bahagia sekolah bitara dan negara sejahtera’. Tetapi sehingga hari ini, guru tertanya-tanya bagaimana untuk mencapai semua slogan itu? Apa pelan tindakannya?
Hasilnya, pada 17 Februari lalu, YB Menteri mengumumkan pemansuhan segera tujuh perkara yang meringankan beban tugas guru iaitu memansuhkan semua bentuk sambutan atau yang tidak memberikan impak kepada pembelajaran murid, mengurangkan amalan semakan SKPM kepada sekali setahun, memanjangkan tempoh masa pengisian data kehadiran murid melalui sistem APDM, membuka pelantikan pengawas peperiksaan kepada bukan guru, mengehadkan sambutan hari guru hanya di peringkat kebangsaan dan sekolah,...
Pencapaian yang keempat apabila KPM memutuskan membatalkan Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 13/1989 bertarikh 13 Disember 1989 dan mengeluarkan arahan supaya pada minggu pertama sesi persekolahan dijadikan minggu untuk membina ‘keakraban pendidikan’ dan tidak terus kepada sesi pengajaran. Oleh itu, KPM meminta pihak sekolah melakukan aktiviti lebih santai, ceria dan menggembirakan sebelum sesi pengajaran bermula pada minggu yang kedua.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PM yakin kerajaan perpaduan terus kukuh, kekal | The Malaysian InsightAnwar Ibrahim berkata keyakinan itu bersandarkan kepada sokongan kukuh parti yang bersama bentuk kerajaan sejak empat bulan lepas.
Read more »
Pembahagian kerusi tidak dibincang dalam mesyuarat Kerajaan Perpaduan esokBukan semua negeri boleh guna pakai strategi pembahagian kerusi yang sama.
Read more »
Kerajaan Perpaduan warisi 'rumah rosak', kata Rafizi | The Malaysian InsightRafizi memberi analogi Kerajaan Perpaduan seolah-olah mewarisi sebuah ‘rumah’ yang mempunyai banyak kerosakan yang diakibatkan oleh ‘penghuni’ sebelum ini.
Read more »
Husam Musa kini pengerusi SPNB | The Malaysian InsightPelantikan itu disahkan pegawainya serta penulis politik yang dekat dengan parti dalam blok kerajaan perpaduan.
Read more »