Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mayat Muhammad Zuhaily Roslan, 21, yang berasal dari Kampung Gong Gemia, Paka, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira pukul 2.15 petang.
DUNGUN : Pencarian seorang pemuda yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika menjala ikan di Sungai Hulu Paka, dekat sini, semalam berakhir selepas mayatnya ditemukan di sungai tersebut, petang ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mayat Muhammad Zuhaily Roslan, 21, yang berasal dari Kampung Gong Gemia, Paka, di sini, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira pukul 2.15 petang. “Selepas hampir 24 jam mangsa dipercayai lemas, mayatnya berjaya ditemukan pada kedalaman lima meter dengan jarak kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai tergelincir,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Baharudin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, Muhammad Zuhaily yang merupakan pelajar di Kolej Komuniti Kuala Pilah, Negeri Sembilan sedang menghabiskan cuti semesternya, keluar menjala bersama rakannya, Zul Qarnain Za’im, 21, di sungai tersebut.Bagaimanapun, Zul Qarnain terselamat selepas berjaya berenang menyelamatkan diri dan cuba mengambil kayu membantu rakannya, namun Muhammad Zuhaily hilang dibawa arus.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dr. Akmal sedia tanding jawatan Ketua Pemuda UMNO“Ada rakan-rakan juga yang datang jumpa saya minta untuk bertanding, tetapi beri saya ruang dalam tempoh seminggu dua ini untuk saya buat keputusan dan insya-Allah yang pastinya, kita bersedia dengan apa sekalipun dan we are ready to fight'.
Read more »
Tiada laporan kehilangan kes mayat dalam guniPolis belum menerima laporan polis kehilangan waris berkaitan kes penemuan mayat dalam guni 12 Januari lalu.
Read more »
Guru besar beri alasan sudah biasa keluar wang tanpa polis pengiring | The Malaysian InsightPolis tidak pernah menerima permohonan polis pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun itu.
Read more »
Pemuda dikhuatiri lemas tergelincir ketika menjalaDalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, Muhammad Zuhaily Roslan, 21, yang berasal dari Kampung Gong Gemia, Paka, Dungun dipercayai tergelincir sebelum dibawa arus laju.
Read more »
Sindiket curi kabel tumpas, sub kontraktor antara ditahan polisModus operandi kumpulan itu adalah mencuri kabel bawah tanah melalui 'man hole' dengan menyamar sedang membuat tugas selenggara kabel TM untuk mengaburi pihak berkuasa.
Read more »
Nafi terbabit pelaburan, laporan polis dibuat - FadillahUntuk rekod poster palsu sama pernah disebarkan melalui perkongsian di media sosial pada tahun lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Read more »