KUALA LUMPUR: Seorang pemilik restoran warga Jepun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap teman wanita senegara, dua bulan lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Shozo Kamizato, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Gomi Mikiko, 30, dengan menggunakan tangan di sebuah rumah di Kepong, dekat sini, pada pukul 2 pagi, 14 Jun lalu. Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal manakala tertuduh yang sudah tinggal di negara ini sejak 12 tahun lalu itu diwakili peguam Azman Aziz. Nurul Izzah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin tempatan berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis terdekat.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Six furniture factories catch fire in Sg BulohKUALA LUMPUR: Six furniture factories caught fire in Kampung Baru Sungai Buloh near here, this afternoon.
Read more »
Columnists - Opinion | The StarKUALA LUMPUR: Malaysia’s loss is another’s gain.
Read more »