Pembinaan Masjid Tuminah Hamidi tergendala, Yayasan Akalbudi disiasat SPRM

United States News News

Pembinaan Masjid Tuminah Hamidi tergendala, Yayasan Akalbudi disiasat SPRM
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus projek memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pembinaan Masjid Tuminah Hamidi yang menelan kos RM43.7 juta di Bagan Datuk, Perak tergendala beberapa bulan ekoran Yayasan Akalbudi disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ramli Ghani, 56, berkata, kesan siasatan yang dilakukan sekitar pertengahan 2018 menyebabkan pihak syarikat kontraktor, Noble Energy Construction Sdn. Bhd. tidak menerima bayaran selama tiga bulan.

Jelas Ramli, pembinaan masjid itu merupakan sumbangan daripada Yayasan Akalbudi melalui Yayasan Al Falah dan dimulakan pada 12 Jun 2017 manakala upacara pecah tanah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Saksi turut menyatakan, Ahmad Zahid kerap datang melawat kerja-kerja pembinaan masjid berkenaan sebulan atau dua bulan sekali bagi memantau perkembangan pembinaannya.

Ahmad Zahid, 70, dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn. Bhd.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Yayasan Bank Rakyat rai 67 pelajar cemerlang di TenomYayasan Bank Rakyat rai 67 pelajar cemerlang di TenomTenom: Yayasan Bank Rakyat (YBR) meraikan 63 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari lapan sekolah menengah di sekitar daerah ini, bagi membantu tahap pendidikan murid-murid di sana.
Read more »

Yayasan Sime Darby Arts Festival's return attracts thousands to KLPacYayasan Sime Darby Arts Festival's return attracts thousands to KLPacThe weekend continues at the Yayasan Sime Darby Festival today at KLPac with a bumper list of arts activities and programmes for the entire family
Read more »

334 students get Yayasan Bank Rakyat aid334 students get Yayasan Bank Rakyat aidPENAMPANG: Yayasan Bank Rakyat (YBR) in collaboration with the Penampang District Education Office identified 334 excellent students in the B40 category for the Early Study Assistance.
Read more »

RM10mil from Yayasan Akalbudi to company an investment, says Datuk KRM10mil from Yayasan Akalbudi to company an investment, says Datuk KBusinessman Khalid Jiwa says the amount was to allow Armada Holdings Sdn Bhd to meet TNB’s tender requirements.
Read more »

Dana RM10 juta Yayasan Akalbudi untuk syarikat adalah pelaburan, kata Datuk KDana RM10 juta Yayasan Akalbudi untuk syarikat adalah pelaburan, kata Datuk KAhli perniagaan Khalid Jiwa berkata jumlah itu adalah untuk membolehkan Armada Holdings Sdn Bhd memenuhi keperluan tender TNB.
Read more »

RM10 juta daripada Yayasan Akalbudi untuk pelaburan dalam syarikat, kata Datuk KRM10 juta daripada Yayasan Akalbudi untuk pelaburan dalam syarikat, kata Datuk KSecara tidak langsung yayasan tidak mengalami apa-apa kerugian dan telah memperolehi keuntungan yang sama atau yang sepatutnya
Read more »



Render Time: 2025-03-05 22:39:12