Pemandu rempuh penunggang motosikal dibebas dengan jaminan polis
PEMANDU kereta yang disiasat merempuh enam penunggang motosikal ketika berteduh daripada hujan di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang arah selatan dekat Petaling Jaya semalam, telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 26 tahun itu mengalami patah bahu akibat kemalangan berkenaan dan sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya , di Petaling Jaya.“Keputusan saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan negatif penggunaan dadah namun ujian alkohol mendapati tahap alkohol dalam badannya melebihi paras dibenarkan.
“Selain itu, polis juga selesai mengambil keterangan pihak lain yang terlibat dalam kemalangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu saksi kejadian tampil membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Semalam, tiga penunggang motosikal dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan ketika mereka sedang berteduh daripada hujan di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya NKVE arah selatan dekat Petaling Jaya.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 5.59 pagi dengan tiga penunggang motosikal itu maut di lokasi kejadian manakala tiga penunggang yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh. – Bernama, 5 Jun, 2023.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Last images of Amazon murder victims Phillips, Pereira found | The Malaysian InsightLast images of Amazon murder victims Phillips, Pereira found
Read more »
Anwar bangkit isu tandas sekolah rosak, kotor | The Malaysian InsightPelajar sekolah pernah diminta bergilir-gilir mencuci tandas ketika beliau menjadi menteri pendidikan.
Read more »
Selangor MB confirms exco packing up to leave office | The Malaysian InsightAmirudin Shari says ‘common practice’ for officials to prepare for exit ahead of state polls.
Read more »
PM raises issue of damaged, dirty school toilets | The Malaysian InsightPM raises issue of damaged, dirty school toilets
Read more »
MB Selangor sahkan beberapa Exco mula kemas pejabat | The Malaysian InsightAmirudin Shari menyatakan ia perkara lazim dilakukan menjelang pilihan raya negeri.
Read more »
Kementerian kerja raya kenal pasti 38 projek sakit, kata timbalan menteri | The Malaysian InsightAbdul Rahman Mohamad berkata antara punca kelewatan adalah PKP bagi projek bermula 2019.
Read more »