“Suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.”
HULU SELANGOR: Polis mengesahkan pemandu Proton Wira yang terbabit dalam nahas sehingga menyebabkan kematian tiga individu di Kilometer 38, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, berdekatan Serendah Golf Resort di sini semalam, sudah ditahan polis.
Penahanan lelaki berusia 61 tahun itu dilakukan pukul 11.30 malam hari yang sama di sekitar kawasan Ulu Yam Bharu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, hasil semakan polis mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah.“Suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Faizal berkata, penumpang kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza yang cedera pada mata masih berada di Hospital Selayang.“Hubungan kesemua mangsa dalam nahas itu adalah pasangan suami isteri,” jelasnya. Semalam, media melaporkan tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan dua kenderaan iaitu kereta Perodua Axia dan Toyota Avanza. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis kesan pemandu Proton Wira dipercayai larikan diri dalam kemalangan tiga keretaPolis memburu seorang pemandu Proton Wira dipercayai punca kemalangan di Kilometer 38 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, Rawang dekat sini yang
Read more »
Kes remaja langgar wanita hingga maut, polis buka 2 kertas siasatanSiasatan termasuk di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan setelah remaja itu disyaki menjadi mangsa rogol.
Read more »
Polis tahan 3 suspek berhubung siasatan pengasas bersama MYAirlineMenurut polis, seorang daripada suspek yang ditahan adalah Ahli Lembaga Pengarah MYAirline.
Read more »
Empat lagi suspek pelaburan I-Serve ditahanEmpat lagi suspek pelaburan I-Serve ditahan
Read more »
Polis kesan pemandu bantu siasatan kemalangan maut di SerendahKUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang pemandu bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Kilometer 38, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Ser...
Read more »
Pemandu maut, bas ekspres rempuh treler muatan besiSeorang pemandu bas maut manakala enam penumpang cedera selepas bas ekspres dari Singapura itu merempuh belakang sebuah treler di Kilometer
Read more »