Izzat Shameer Dzulkeple menumpaskan pemain Hong Kong, Cheung Chi Hing 21-15 dalam acara perseorangan lelaki.
IPOH: Pemain negara, Izzat Shameer Dzulkeple membuka gelanggang sesi kedua dengan cemerlang apabila menumpaskan pemain Hong Kong, Cheung Chi Hing dalam acara perseorangan lelaki Kejohanan Boling Padang Asia kali Ke-14 2023 di Arena Lawn Bowls Perak di sini hari ini.
Izzat Shameer menumpaskan Chi Hing 21-15 untuk bangkit daripada kekecewaan selepas gagal meraih emas dalam acara berpasangan semalam.Turut mencapai kejayaan ialah pemain Singapura, Anthony Loh kin Sin yang menundukkan pemain Filipina, Rodel Labayo 17-16.Muhammad Hizlee Abdul Rais, Amirul Daniel Abdul Rahim, Muhammad Haiqal Azami dan Mohammad Soufi Rusli bergandingan baik untuk merakam kemenangan 16-8.
Malaysia juga memulakan acara wanita berpasangan dengan kejayaan apabila pasangan Siti Zalina Ahmad dan Nur Ain Nabilah Tarmizi membenam pasangan Hong Kong 15-10.Bagaimanapun, Malaysia kecundang dalam acara beregu campuran B-25 tahun apabila kedua-dua kuartet A dan B tumbang kepada Hong Kong. Kuartet A tumpas 17-25 manakala Malaysia B 14-17 masing-masing kalah kepada Hong Kong A dan B. – UTUSAN