Pelajar sekolah lemas di Tasik Cermin

United States News News

Pelajar sekolah lemas di Tasik Cermin
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 42 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Pengarah JBPM Selangor berkata, pelajar berkenaan lemas ketika berenang bersama enam rakannya di Tasik Cermin, pagi tadi

SHAH ALAM: Seorang pelajar sekolah dilaporkan lemas di Tasik Cermin, dalam satu kejadian dekat pusat rekreasi berhampiran Bukit Cherakah di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa, Muhammad Khairul Hamizan Mustapa, 16, lemas ketika berenang bersama enam rakannya pada pagi tadi. “Bomba menerima panggilan berhubung insiden terbabit kira-kira pukul 12.16 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian 14 minit kemudian bersama 12 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik.

“Semasa kumpulan itu berenang bersama, baru mereka menyedari mangsa hilang dari pandangan. Jadi mereka menghubungi bomba bagi mencari mangsa secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Jelasnya, mayat mangsa telah ditemui bomba kira-kira pukul 2.15 petang, beberapa meter daripada lokasi dia dipercayai lemas.Kata Norazam lagi, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

United States Latest News, United States Headlines



Render Time: 2025-04-07 04:52:02