PDRM giat baiki, selenggara 8,271 kuarters

United States News News

PDRM giat baiki, selenggara 8,271 kuarters
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 52 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

kualalumpur SEBANYAK 8,271 daripada 63,832 unit kuarters yang didiami anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerosakan.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, kerosakan itu sedang sedang giat dibaiki serta diselenggarakan.

Menurutnya, pada dasarnya PDRM menetapkan sebanyak 90 peratus daripada jumlah perjawatan sedia ada iaitu 124,331 anggota dapat mendiami kuarters."PDRM juga sedang melaksanakan projek pembinaan 1,484 unit kuarters membabitkan peruntukan RM1.95 bilion menerusi pakej Rancangan Malaysia Ke-9 , RMK-10 dan RMK-11.

"Bagi pakej Pembinaan Bina-Pajak-Pindah sebanyak 132 unit kuarters akan dibina dengan kos RM152 juta. "Selain itu, PDRM juga memohon penambahan perumahan baharu yang akan dilaksanakan melalui kaedah 'landswap' di bawah projek penswastaan dengan pembinaan sebanyak 6,573 unit kuarters," katanya ketika sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Rosli berkata, pihaknya mendapat peruntukan berjumlah RM40 juta bagi menaik taraf stor barang kes untuk Jabatan Siasatan Jenayah dan JSJ Narkotik."Selain itu, PDRM sudah diluluskan peruntukan di bawah perbelanjaan mengurus berjumlah RM20 juta bagi pembaikan kecil pejabat dan kuarters," katanya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PDRM akan terima 465 kenderaan baharuPDRM akan terima 465 kenderaan baharuKualaLumpur Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, pihaknya juga akan mendapat penambahan 425 unit kereta jenis Honda Civic 1.8 untuk digunakan dalam penugasan pencegahan jenayah dan rondaan pada tahun ini.
Read more »

PDRM sudah mohon beli perenjat elektrik, kamera badanPDRM sudah mohon beli perenjat elektrik, kamera badanPOLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah memohon 1,300 kamera badan dan 1,000 senjata tidak membawa maut (non-lethal weapon) menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Read more »

PDRM mohon kerajaan lulus elaun baharu untuk anggotaPDRM mohon kerajaan lulus elaun baharu untuk anggotakualalumpur Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerajaan meluluskan beberapa elaun baharu serta penambahbaikan elaun sedia ada sebagai galakan kepada pegawai dan anggota polis untuk berkhidmat lebih cemerlang.
Read more »

Baiki segera dua kawasan tanah mendapBaiki segera dua kawasan tanah mendapkualalumpur DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kerja pembaikan dua kawasan tanah mendap di Residensi 16, Jalan Taman U Thant, semalam akan dilaksanakan dengan segera.
Read more »

Cikgu sanggup baiki jalan demi muridCikgu sanggup baiki jalan demi muridCABARAN cukup hebat bagi guru yang mengajar di sekolah pedalaman di Gua Musang tetapi mulianya apabila guru membaiki sendiri jalan rosak ke sekolah.
Read more »

PDRM sudah mohon beli perenjat elektrik, kamera badanPDRM sudah mohon beli perenjat elektrik, kamera badanPOLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah memohon 1,300 kamera badan dan 1,000 senjata tidak membawa maut (non-lethal weapon) menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Read more »



Render Time: 2025-02-25 04:48:54