PAU 2022 : Kerajaan tubuh sekretariat kaji semua manifesto

United States News News

PAU 2022 : Kerajaan tubuh sekretariat kaji semua manifesto
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 52 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi mencari titik persefahaman dan rasa kebersamaan bagi menterjemahkan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat.

“Melalui Pelan Amal dan Usaha yang ditawarkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 , kita memberikan aku janji kepada rakyat. Soal kos sara hidup, pendidikan, pembangunan institusi dan pendidikan Islam, peluang ekonomi, alam sekitar, peluang pekerjaan adalah antara yang menjadi tawaran kita. Begitu juga dengan parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, turut mempunyai tawaran-tawaran kepada rakyat yang ada antaranya dengan manifesto kita.

“Paling ketara, semua parti menyentuh tentang soal kos sara hidup yang pada dasarnya boleh dilaksanakan. Ia merupakan manifestasi bersama kesemua parti dalam Kerajaan Perpaduan. Kita berharap usaha penterjemahan manifestasi kesemua agenda pembelaan rakyat, akan dapat dilaksanakan dengan segera. “Perdana Menteri juga melantik saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan dan Pelaksanaan Kos Sara Hidup untuk kesejahteraan rakyat, di samping Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Kos Sara Hidup di peringkat induk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2022, hari ini. Selain itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga bersetuju menubuhkan sebuah sekretariat bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat parti.“Melalui sekretariat ini, kita akan membincangkan dari semasa ke semasa, perjalanan kerajaan, di samping membincangkan langkah-langkah ke hadapan, termasuk dalam soal kerjasama politik,” katanya. –UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

[PAU 2022] UMNO perjelas sebab berada dalam Kerajaan Perpaduan[PAU 2022] UMNO perjelas sebab berada dalam Kerajaan Perpaduan“Fokus utama memahamkan dan memaklumkan (perwakilan) yang hadir mengenai Kerajaan Perpaduan dan mengapa kita berada...
Read more »

Tindakan Hajiji langgar persetujuan dicapai-Mohd. ShafieTindakan Hajiji langgar persetujuan dicapai-Mohd. ShafiePersetujuan dan kesepakatan telah dicapai untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Sabah yang terdiri daripada semua parti yang mengganggotai kerajaan di peringkat Persekutuan
Read more »

PAU 2022 : UMNO parti keramat masih ada masa depan cerahPAU 2022 : UMNO parti keramat masih ada masa depan cerahAhmad Zahid Hamidi menyifatkan, parti itu masih mempunyai masa hadapan yang cerah, walaupun berdepan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15
Read more »

[PAU 2022] Pemilihan UMNO sebelum 19 Mei[PAU 2022] Pemilihan UMNO sebelum 19 MeiSetiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh itu selepas mengambil kira tempoh enam bulan daripada tarikh membuang undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lepas.
Read more »

Tiada usul khusus isu Umno sertai kerajaan perpaduan, kata Ahmad Maslan | The Malaysian InsightTiada usul khusus isu Umno sertai kerajaan perpaduan, kata Ahmad Maslan | The Malaysian InsightIa akan disentuh dalam ucapan dasar presiden parti dan dalam taklimat kepada perwakilan perhimpunan agung, katanya.
Read more »

Kabinet baharu Sabah guna formula kerajaan perpaduan, kata TKM | The Malaysian InsightKabinet baharu Sabah guna formula kerajaan perpaduan, kata TKM | The Malaysian InsightAdun Warisan dan puak tentang Hajiji perlu bertenang, jadilah pembangkang yang membina, kata Shahelmey.
Read more »



Render Time: 2025-04-02 20:10:38