Keperluan bagi murid sekolah rendah adalah antara 1,800 hingga 2,000 kilokalori sehari dan pelajar sekolah menengah pula adalah antara 2,000 hingga 2,600 kilokalori sehari.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memastikan menu makanan di asrama disediakan dengan mengambil kira keperluan murid iaitu berdasarkan saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2017 oleh Kementerian Kesihatan .
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, keperluan bagi murid sekolah rendah adalah antara 1,800 hingga 2,000 kilokalori sehari dan pelajar sekolah menengah pula adalah antara 2,000 hingga 2,600 kilokalori sehari. “Anggaran keperluan kalori itu berdasarkan tahap fizikal murid dengan pelajar di asrama dikategorikan dalam kumpulan murid aktif.
“Menu makanan asrama memenuhi piramid makanan Malaysia, mengambil kira kumpulan makanan iaitu bijirin, buah, sayuran, protein dan susu. Kaedah penyediaan berkhasiat ditekankan dengan mengurangkan penggunaan minyak, garam dan gula dalam hidangan. “KPM dan KKM dari semasa ke semasa akan memantau kualiti makanan, berdasarkan rujukan dan pemantauan secara berkala. Setakat ini makanan dibekalkan di asrama memenuhi kualiti dan menjaga keperluan nutrisi murid,” katanya dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
600 juta rakyat Afrika tiada akses elektrikBanyak rejim kolonial membina sistem elektrik yang sebahagian besarnya dikhaskan untuk penduduk ‘kulit putih’ minoriti dan mengecualikan sebahagian besar penduduk ‘kulit hitam’.
Read more »
Jaguar I-Pace All-Electric SUV Officially In Malaysia With A Starting Price Of RM460,800The premium electric vehicles market in Malaysia today welcomes yet another new model into the fold with the official launch
Read more »
Duda terpedaya Love Scam, kerugian RM183,600 | The Malaysian InsightMangsa hanya menyedari ditipu apabila suspek meminta tambahan RM30,000.
Read more »
Tiada keperluan selaras sijil tauliah mengajarMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menganggap tiada keperluan untuk diselaraskan sijil pentauliahan mengajar dalam kalangan penceramah agama di semua negeri kerana perkara tersebut di bawah bidang kuasa negeri-negeri.
Read more »
PARLIMEN: Tiada keperluan mansuh STPM'Kewujudannya bertujuan memastikan pelajar peringkat menengah atas mendapat kualiti pendidikan setanding piawaian antarabangsa. STPM itu sendiri diiktiraf Cambridge Assessment International Education.'
Read more »
STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan 6, kata menteri | The Malaysian InsightKatanya seluruh universiti awam di negara ini dan lebih 2,000 universiti seluruh dunia mengiktiraf sijil STPM.
Read more »