papar: Kerajaan negeri perlu memberi pertimbangan khusus untuk membina ‘water intake’ alternatif di kawasan sesuai yang dikenal pasti di Kg Kabang dekat sini sebagai salah satu penyelesaian menangani bekalan air kritikal di daerah ini.
Ketika membuat gesaan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia dicadangkan supaya dua loji rawatan air di Limbahau iaitu Loji Rawatan Air Skim Bekalan Air Kecemasan dan Loji Rawatan Air Jetama - boleh menggunakan water intake alternatif itu untuk mendapatkan sumber air mentah apabila water intake sedia ada bermasalah.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Rahmah Ramadan di tapak Bazar Ramadan di sini pada Sabtu, Armizan berkata musim kemarau di sini sudah hampir dua bulan dan diburukkan lagi dengan kesan fenomena El-Nino.Katanya, cuaca kering dan panas ini dijangka berterusan di Papar sehingga hujung Mac dan diramalkan hujan akan turun bulan depan.ADVERTISEMENT
“Pemberhentian operasi kedua-dua loji rawatan air ini menyebabkan gangguan bekalan kepada lebih 50,000 penduduk di sini. Sebab itu water intake alternatif amat diperlukan untuk memastikan gangguan bekalan air tidak berulang,” katanya. Armizan berkata, beliau juga meminta lori tangki air atau tangki statik dengan 20,000 gelen air setiap satu diletakkan di bazar Ramadan untuk kegunaan peniaga dan penduduk yang mengunjungi bazar itu.
Armizan berkata keadaan semasa yang dihadapi penduduk di sini tidak akan berlaku sekiranya projek menaik taraf loji rawatan air Kogopon memulakan pembinaannya pada 2019 di bawah kerajaan Negeri terdahulu yang boleh disiapkan pada 2022.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Papar needs alternative RM20 million raw water intakePAPAR: An alternative water intake costing RM20 million at a suitable area in Kg Kabang, near here, is among solutions to tackle the critical water supply in the district.
Read more »
Two water treatment plants to resume operations soon to boost water supply in PaparNo, there is a difference between kidney cysts and polycystic kidney disease.
Read more »
Onn Hafiz : Johor terima RM113.7b pelaburan dalam tempoh kira-kira dua tahun lepasJOHOR BAHRU: Johor menerima RM113.7 bilion pelaburan dan mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan dalam tempoh kira-kira dua tahun lepas, sekali gus menyak...
Read more »
Schools in Papar operating as usual despite water supply crisisThe school session in 62 schools involving 23,740 students in Papar are operating as usual despite the district being declared a drought disaster area following a critical water supply crisis due to the hot weather for the past few weeks.
Read more »
Papar traders warned against hiking the prices of bottled waterKota Kinabalu: The critical water supply in Papar due to the hot weather and drought has forced residents to buy large quantities of bottled drinking water for their daily needs.
Read more »
Papar folk left high and dry as water woes persistAnother person has emerged from the woodwork claiming to be an heir of the Sulu Sultan and is asking the Malaysian government to pay him billions.
Read more »