Pakatan desak Parlimen bersidang 2 minggu
Pakatan Harapan mendesak Parlimen bersidang dua minggu bermula 18 Mei untuk membincangkan isu berkaitan Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 April, 2020.
PAKATAN Harapan mendesak Putrajaya melanjutkan sidang Parlimen selama dua minggu bermula 18 Me ini untuk membincangkan pelbagai isu penting berkaitan wabak Covid-19 dan usaha mengatasi kesan kelembapan ekonomi kerana virus maut itu. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Majlis Presiden PH berkata semua prosedur operasi standard digunakan untuk mengadakan sidang sehari Dewan Rakyat pada 18 Mei boleh dilanjutkan selama dua minggu.
“Majlis Presiden turut menggesa agar beberapa pindaan kepada Peraturan Mesyuarat dilakukan bagi membolehkan Parlimen terus bersidang, termasuk secara dalam talian dan dengan jumlah Ahli Parlimen yang berkurangan tanpa menjejaskan korum atau peratusan undian parti masing-masing,” kata pemimpin PH itu.
Kenyatan itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. – 30 April, 2020.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kenapa sidang Parlimen tidak boleh dalam talian, tanya aktivis | The Malaysian InsightKerajaan seharusnya memikirkan cara terkini untuk meneruskan sidang dengan kemudahan teknologi semasa.
Read more »
Tarik balik sidang Parlimen sehari, kata Kit Siang | The Malaysian InsightBeliau berkata ini “peluang terakhir” Kabinet membuat keputusan mengadakan sidang Dewan Rakyat lebih lama dan secara maya.
Read more »
Anwar serahkan pada Pakatan, PKR pilih penggantinya | The Malaysian InsightBeliau tidak akan menamakan penggantinya dan sebaliknya menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.
Read more »
Anwar leaves it to Pakatan, PKR to choose successor | The Malaysian InsightFirm believer in reform agenda, willing to make way to younger leaders.
Read more »
Pakatan wants two weeks of Parliament sitting | The Malaysian InsightSOPs implemented by Dewan Rakyat can be used to extend current one-day sitting, says presidential council.
Read more »