'Setiap orang yang dijatuhkan hukuman, ada hak untuk membuat permohonan pengampunan.
Anwar berkata, setiap permohonan yang dilaksanakan akan diteliti terlebih dahulu sebelum Lembaga Pengampunan pertimbang berhubung suatu pengampunan.“Dengan setiap permohonan itu disemak berlandaskan asas selayaknya tanpa prejudis,” katanya kepada ketika ditemui selepas menyampaikan amanat Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu permohonan pengampunan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Media sebelum ini melaporkan, UMNO yakin Lembaga Pengampunan akan memilih waktu paling sesuai bagi membincangkan agenda pengampunan bekas Najib. Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri selaku sekretariat kepada Lembaga Pengampunan akan menguruskan perkara itu.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan oleh BHEUU JPM kelak. –UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dr M, Annuar sepakat, Melayu-Bumiputera kembali jadi teras tadbir negaraAnnuar Musa berkata beliau kagum dengan bekas perdana menteri yang kekal ‘bersemangat’ bercakap soal orang Melayu.
Read more »
Perdana Menteri meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan SabahDalam majlis itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor turut menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 70 orang kurang berkemampuan yang terdiri daripada warga emas, Persatuan Orang Buta Sabah, Persatuan Orang Pekak Sabah, penghuni rumah kebajikan dan…
Read more »
Kerajaan mahu noktah miskin tegar seluruh negara, kata PM | The Malaysian InsightAnwar menyifatkan miskin tegar sebagai mengaibkan bagi negara yang mempunyai kekayaan khazanah seperti minyak dan gas.
Read more »
Anwar attends Madani Open House in KedahALOR SETAR: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim attended the Malaysia Madani Open House event at Raia Hotel here on Saturday (April 29).
Read more »