Op Tiru: KPDN Negeri Sembilan rampas 193 unit bateri telefon tiruan

United States News News

Op Tiru: KPDN Negeri Sembilan rampas 193 unit bateri telefon tiruan
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 67 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 30%
  • Publisher: 51%

Sebanyak 193 unit bateri telefon tiruan yang disimpan di sebuah premis di Seremban 2 dirampas pihak KPDN menerusi Op Tiru yang dijalankan.

SEREMBAN: Sebanyak 193 unit bateri telefon tiruan bernilai RM5,640 yang disimpan dalam stor sebuah premis perniagaan di Seremban 2 di sini dirampas pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan menerusi Op Tiru yang dijalankan semalam.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan itu dilakukan hasil dari pengaduan yang diterima oleh wakil pemilik cap dagangan serta risikan yang telah dibuat selama seminggu. “Hasil daripada pemeriksaan, empat anggota penguatkuasa itu berjaya mengesan premis perniagaan itu dan mendapati premis terbabit melakukan kesalahan di bawah Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019 kerana mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan bagi maksud perdagangan aksesori telefon berjenama Samsung dan Huawei dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100 Akta yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Zahir berkata, pihak sentiasa komited dan akan meneruskan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi mempergiat serta mempertingkatkan kawal seliaan dan operasi ke atas perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di bawah seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019.

“Pada masa yang sama KPDN juga tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN, bagi memastikan barang-barang yang dibekalkan kepada pengguna adalah barangan yang tulen dan tidak memudaratkan pengguna serta boleh menyebabkan kerugian besar kepada industri, rakyat dan negara ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi,” katanya lagi.-UTUSAN.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

KPDN sita 4,000 liter diesel disimpan di bangsal dalam kebun pisangKPDN sita 4,000 liter diesel disimpan di bangsal dalam kebun pisangALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita sebanyak 4,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM11,800, d...
Read more »

KPDN P. Pinang rampas 216 topi keledar Arai tiruan bernilai RM54,000KPDN P. Pinang rampas 216 topi keledar Arai tiruan bernilai RM54,000NIBONG TEBAL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 216 unit topi keledar bernilai RM54,000 yang diperc...
Read more »

Penang KPDN seizes counterfeit ‘Arai’ helmets worth RM54,000Penang KPDN seizes counterfeit ‘Arai’ helmets worth RM54,000NIBONG TEBAL: The Penang branch of the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) has seized 216 helmets, believed to be Arai brand counterf...
Read more »

KPDN rampas 8,177 minyak masak peket dalam Ops Tiris di Kota KinabaluKPDN rampas 8,177 minyak masak peket dalam Ops Tiris di Kota KinabaluKOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah merampas 8,177 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi dalam s...
Read more »

KPDN Melaka Lambasts Sundry Shop Owner For Storing Vegetables In ToiletKPDN Melaka Lambasts Sundry Shop Owner For Storing Vegetables In ToiletThe shop also sold expired food products.
Read more »

[Video] KPDN Melaka Dedah Kedai Runcit Simpan Sayur Jualan Dalam Tandas Bikin Ramai Loya Tekak[Video] KPDN Melaka Dedah Kedai Runcit Simpan Sayur Jualan Dalam Tandas Bikin Ramai Loya TekakDalam serbuan oleh KPDN Melaka itu, terdapat banyak teguran yang dilakukan oleh pihak mereka selepas mendapati pemilik kedai runcit itu tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan.
Read more »



Render Time: 2025-02-22 16:44:08