SukanSea KualaLumpur Tuan rumah perlu mempertimbangkan acara sukan yang merayu dipertandingkan.
Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, tuan rumah perlu meneliti semua aspek selepas menerima rayuan daripada ahli gabungan untuk menambah jumlah sukan yang akan dipertandingkan.
"Sebanyak 22 sukan dan tiga acara mengemukakan rayuan bagi disenaraikan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Sukan dan Peraturan Majlis Persekutuan Sukan SEA hari ini," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan yang dijalankan secara persidangan video hari ini. Ujar Norza disebabkan jumlah rayuan yang tinggi Vietnam meminta senarai sukan dipertandingkan tidak diputuskan dalam mesyuarat hari ini.
"Mereka perlu lihat dari semua aspek termasuk logistik dan gelanggang. Jadi, mereka akan kemukakan senarai akhir sukan yang akan dipertandingkan pada mesyuarat yang bakal berlangsung pada November."Kita boleh meletakkan semua sukan ini, tetapi akhirnya tuan rumah akan lihat semua aspek dan implikasi. Mereka juga perlu lihat sokongan daripada negara yang terbabit," katanya.
Jelas Norza, terdapat 22 sukan yang merayu dan sukar untuk mereka membuat sebarang spekulasi kerana semuanya ada justifikasi masing-masing.Malaysia menerusi MOM mengemukakan rayuan untuk 11 sukan iaitu hoki dalam dewan, boling, pelayaran, kriket, papan selaju, sambo, floorball, bola jaring, boling padang, skuasy dan ragbi tujuh sebelah.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Choong Hann sedia kerjasama dengan GambardellaPENGARAH Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann menyambut baik kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM), Robert Gambardella.
Read more »
PKBM boleh 'tutup kedai'nilai Jika kerajaan masih tidak lagi membenarkan pertandingan diadakan khasnya membabitkan sukan berbasikal, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menegaskan bahawa mereka mungkin akan 'tutup kedai.'
Read more »
Petugas khas kukuhkan Program PodiumPENUBUHAN pasukan petugas khas diharapkan dapat memperkukuhkan lagi Program Podium dan ia dianggap satu keputusan tepat yang turut mendapat sokongan Majlis Sukan Negara (MSN).
Read more »
Penemuan vaksin penentu Olimpik 2021tokyo Penemuan vaksin Covid-19 atau rawatan akan menjadi kunci kepada penganjuran Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan ke tahun depan, kata presiden jawatankuasa penganjur, Yoshiro Mori.
Read more »