Noraini tangkis cubaan Shahrizat kembali terajui Wanita Umno FMTNews FMTBerita
PETALING JAYA: Penyandang Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad dilaporkan berjaya mempertahankan jawatannya dengan menundukkan pencabarnya, Shahrizat Abdul Jalil.
Utusan Malaysia memetik Setiausaha Wanita Umno, Rosni Sohar berkata, keputusan tidak rasmi menunjukkan Noraini mendapat 106 undi, melepasi 96 undi yang diperlukan untuk memenangi jawatan itu, Umno mempunyai 191 bahagian. Tetapi, keputusan rasmi ketika artikel ini disiarkan menunjukkan Noraini meraih 48 undi berbanding Shahrizat dengan 32 undi.
Noraini yang merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong dan bekas menteri pengajian tinggi, dicabar Shahrizat dalam pertembungan satu lawan satu untuk menerajui sayap itu. Shahrizat mengetuai sayap itu sejak 2009, selepas menewaskan Rafidah Aziz yang memegang jawatan berkenaan mulai 1999. Noraini kemudiannya mengambil alih jawatan itu, selepas Shahrizat berundur pada 2018.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemilihan UMNO: Shahrizat, Noraini terikatPertandingan kerusi Ketua Wanita hangat apabila menyaksikan dua tokoh wanita antara Shahrizat dan Noraini yang masing-masing pernah menyandang jawatan itu sebelum ini.
Read more »
Noraini fends off Shahrizat’s bid for Wanita comebackWanita Umno leader Noraini Ahmad defended the post that she took over in 2018 from Shahrizat Abdul Jalil.
Read more »