Bidaan sebanyak RM1.5 juta itu akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.
PETALING JAYA: Nombor plat kenderaan keluaran khas ‘GOLD 1’ menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas membida nilai tertinggi dalam sejarah negara.
Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bidaan sebanyak RM1.5 juta itu akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Terdahulu, Seri Paduka berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara hari ini. Pada pertemuan itu, Siew Fook turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more: