Nenek, cucu melecur selepas rumah terbakar
SEORANG wanita warga emas dan cucunya melecur, manakala anaknya cedera ringan selepas rumah mereka terbakar dipercayai akibat kebocoran gas memasak di Jalan Riang 14, Taman Gembira, di Johor Bahru awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5 pagi. Beliau berkata warga emas berusia 70 tahun dan cucu perempuan 10 tahun itu melecur tahap pertama dengan kulit mengelupas akibat kebakaran, manakala anak perempuannya berusia dalam lingkungan 30-an, cedera ringan di muka akibat serpihan kaca cermin tingkap.“Kemungkinan berlaku kebocoran gas memasak yang menyebabkan kebakaran itu, kebakaran pula teruk di bahagian dapur dan tingkat bawah, namun siasatan lanjut akan dibuat,” katanya ketika dihubungi, di Johor Bahru hari ini.
Shamsul Khomari berkata bagaimanapun, ketiga-tiga mereka sempat keluar menyelamatkan diri sebaik pihak bomba tiba di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk menerima rawatan. – Bernama, 5 Januari, 2023.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Digital condolence book for Pele now available for Malaysian fans | The Malaysian InsightDigital condolence book for Pele now available for Malaysian fans
Read more »
Defence trial for Rumah Bonda founder delayed again | The Malaysian InsightPostponement due to Siti Bainun Ahd Razali’s bid for review of charges against her.
Read more »
Pemilik stesen minyak didakwa tipu ahli perniagaan RM2.3 juta | The Malaysian InsightTertuduh juga didakwa memperdaya mangsa menggunakan dokumen palsu bagi menjalankan perniagaan minyak diesel secara sah.
Read more »
Bicara kes rasuah Bung Moktar, Zizie tangguh lagi | The Malaysian InsightMahkamah Tinggi membenarkan penangguhan sementara menunggu rayuan mereka dilupuskan di Mahkamah Rayuan.
Read more »
Zahid seru ilmuan MPN bantu, sumbang kepakaran tangani kos sara hidup rakyat | The Malaysian InsightTimbalan perdana menteri berkata banyak data, kajian, penyelidikan dan idea yang mampu diangkat untuk pembangunan negara bangsa.
Read more »
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di 4 negeri | The Malaysian InsightMetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di 4 negeri
Read more »