MPK sasar selesaikan aduan dalam tempoh 24 jam
KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar menyasar untuk mengambil tindakan serta menyelesaikan aduan dalam tempoh 24 jam atau kurang bagi sebarang masalah yang dilaporkan oleh rakyat negeri ini.Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth berkata, MPK juga akan menjalankan penambahbaikan kemudahan dan prasarana yang berada di bawah tanggungjawabnya termasuklah tempat pembuangan sampah berpusat di seberang taman perumahan yang baharu termasuklah masalah ketiadaan tong sampah di depan rumah.
“Pembinaan Taman Rekreasi Madani di lokasi terpilih juga merupakan agenda utama yang ditekankan dalam masa terdekat ini. Larangan dan pemberhentian pembungkusan makanan atau minuman menggunakan polisterin putih turut akan dikuatkuasakan tidak lama lagi,” katanya ketika mempersembah maklumkan perkara itu kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam sesi sembah mengadap di Galeri Diraja Arau di sini semalam.
Beliau yang merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik sebelum ini menjalankan tugas sebagai Pengarah di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kedah.Sesi mengadap tersebut juga bertujuan bagi memohon titah pandangan dan nasihat baginda mengenai beberapa perancangan pembangunan di negeri ini yang perlu ditambah baik supaya sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.
Ia juga demi kemaslahatan dan imej negeri Perlis yang kian juga menerima kunjungan pengunjung dan pelancong sempena Tahun Melawat Perlis 2024/2025 ini.-UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
‘Keutamaan saya negeri’- YDP MPK‘Keutamaan saya negeri’- YDP MPK
Read more »
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSISKUANTAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan 70 peratus pembabitan penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dalam program Ko...
Read more »
MBSB sasar pertumbuhan portfolio kewangan RM44 bilion tahun iniPETALING JAYA: Malaysia Building Society Berhad (MBSB) menyasarkan pertumbuhan portfolio kewangan RM44 bilion tahun ini, berbanding RM42.9 bilion tahun sebelumnya.
Read more »
Kerajaan sasar pembangunan ekosistem berasaskan tenaga hidrogen menjelang 2030KAMPAR: Kerajaan sedang merangka pembangunan ekosistem dan nilai rantaian kenderaan berasaskan tenaga hidrogen yang menjadi satu daripada agenda dalam...
Read more »
Proton sasar jual 2,500 unit model baharu Proton X50 2024 sebulanSHAH ALAM: Proton Holdings Bhd menyasar menjual sehingga 2,500 unit setiap bulan model Proton X50 2024 yang baru dilancarkan berdasarkan sambutan memberangsangkan yang berterusan terhadap model sedia ada.
Read more »
Proton sasar jual 2,500 unit model baharu Proton X50 2024 sebulanSHAH ALAM: Proton Holdings Bhd menyasar menjual sehingga 2,500 unit setiap bulan model Proton X50 2024 yang baru dilancarkan berdasarkan sambutan memb...
Read more »