MIC tidak tanding PRN bulan depan
SELEPAS MCA, kini MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri di enam negeri bulan depan.
Setiausaha Agung MIC RT. Rajasekaran dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat yang berlangsung pada 30 Jun lepas setelah meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli CWC. “Keputusan parti MIC untuk tidak bertanding pada PRN yang akan datang dibuat semata-mata untuk melindungi kepentingan parti MIC. Pada masa ini, MIC akan memberi lebih perhatian kepada proses untuk membina struktur parti yang lebih mantap bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 kelak,” katanya.
Bagaimanapun, parti kaum India itu berjanji akan melaksanakan peranannya sebagai parti komponen Barisan Nasional dan keputusan parti telah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Kerajaan Perpaduan. Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos. – Bernama, 5 Julai, 2023.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Muda, PSM tidak akan bertahan di PRN, kata pemerhati | The Malaysian InsightCalon Muda dan PSM dijangka hilang wang deposit jika bertanding melawan calon PH dan PN.
Read more »
PRN: BN, Pakatan optimis rampas Kedah dan Terengganu, kata Mat Hasan | The Malaysian InsightTimbalan Presiden Umno itu berkata bagaimanapun hasrat berkenaan perlu diikuti dengan satu gerak kerja yang betul dan strategi yang baik.
Read more »
Mesyuarat SPR hari ini tentukan tarikh penting PRN 6 negeri | The Malaysian InsightIa termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan bagi pilihan raya itu.
Read more »
PRN 12 Ogos, penamaan 29 Julai | The Malaysian InsightSPR juga mengumumkan pengundian awal bagi keenam-enam negeri itu akan berlangsung pada 8 Ogos.
Read more »
PRN: Selangor paling ramai pengundi muda, tertua, kata pengerusi SPR | The Malaysian InsightAbdul Ghani Salleh berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan pengundi bagi kumpulan itu seramai 661,905 orang.
Read more »
Anggaran pelaksanaan PRN 6 negeri RM420 juta, kata SPR | The Malaysian InsightAbdul Ghani Salleh berkata 153,760 petugas akan dilantik bagi membantu melancarkan pengendalian proses PRN.
Read more »