PENDEKATAN mudah atau “tidak melampau” adalah formula terbaik untuk memajukan umat Islam tanpa menjejaskan kedudukan orang bukan Islam, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Beliau berkata pendekatan itu amat sesuai bagi menjamin keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya seperti yang wujud di Sabah, negeri yang menjadi rumah kepada 33 kumpulan peribumi yang menuturkan 50 bahasa dan 80 dialek etnik.
“Agama menyeru kita beramal dan memupuk perpaduan, di samping menghayati nilai-nilai murni, hormat-menghormati dan mempercayai antara satu sama lain,” katanya. Hajiji berkata, pentadbiran Islam di Malaysia telah berkembang pesat seiring dengan perubahan dan kemajuan yang dicapai lebih 60 tahun sejak merdeka.
“Jaringan kerjasama dan perpaduan antara agensi agama persekutuan dan agensi agama di negeri-negeri perlu diteruskan ke arah pengemaskinian dan pemantapan pentadbiran dan urusan agama Islam dalam negara untuk kepentingan masyarakat Islam keseluruhannya. Ia juga akan memastikan agensi agama Islam tidak ketinggalan, malah selari dengan urusan pentadbiran kerajaan dalam negara ini,” katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Memastikan pendapatan bermaruah untuk mahasiswaSudah tentu perkara ini akan membawa kesan positif kepada mahasiswa dalam jangka masa panjang kerana mampu dapat pendapatan bermaruah.
Read more »
Kecewa dasar konservatif beri kesan pada atlet bukan IslamKecewa dasar konservatif beri kesan pada atlet bukan Islam
Read more »
Ismail seru negara Islam bersatu, ambil tindakan tegas ‘kegilaan’ IsraelBekas perdana menteri berkata negara Islam perlu lebih tegas membela dan mempertahankan rakyat Palestin.
Read more »
Palestin: Pas ajak umat Islam berarak ke Kedutaan ASSHAH ALAM: Pemuda Pas Selangor bercadang hendak menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran di ibu negara sebagai manifestasi bantahan terhadap kekejaman yang menimpa rakyat Palestin.
Read more »
JAIPs terima 1,000 permohonan perceraian setahunJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menerima sekitar 1,000 permohonan perceraian setahun melibatkan orang Islam di negeri
Read more »
Bertikam lidah isu tuduh DAP kafirSebagai Ahli Parlimen dari DAP, beliau wajar mempertahan ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam.
Read more »