Ditemukan dalam kawasan semak di Jalan College Height, Mantin, Seremban.
SEREMBAN: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung di pokok dalam kawasan semak berhampiran Jalan College Height, Mantin di sini pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden, Mat Ghani Lateh berkata, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung penemuan mayat dalam semak daripada orang awam lebih kurang pukul 9 pagi. “Berdasarkan identiti, mayat itu adalah seorang lelaki berusia 34 tahun dan siasatan awal tempat kejadian telah dilakukan bersama pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mat Ghani berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada pihak polis.-UTUSAN.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan 17 meter dalam tanah runtuhKetua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, mayat kanak-kanak perempuan dianggar berusia antara enam hingga 10 tahun itu ditemukan pasukan penyelamat berpakaian baju tidur berwarna merah jambu.
Read more »
Mayat kanak-kanak ditemukan, operasi mencari 8 lagi mangsa diteruskanHULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa bencana tanah runtuh di tapak perkkemahan Father's Organic Farm (FOF) di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang memasuki hari keenam disambung pagi ini.
Read more »
Mayat budak perempuan ditemukan bersama 4 beg, pakai baju merah jambu | The Malaysian InsightMayat ke-25 yang ditemukan pukul 11.15 malam tadi itu tiada identiti pengenalan diri, kata polis.
Read more »
Satu lagi mayat ditemukan, jumlah korban tanah runtuh kini 26 | The Malaysian InsightSatu mayat lelaki dewasa ditemukan pada pukul 11.16 pagi di sektor B (kem Farmview).
Read more »
Mayat lelaki dewasa mangsa ke-26 ditemukanMayat seorang lelaki dewasa ditemukan pasukan SAR di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkemahan FoF di Jalan Batang Kali-Genting, pagi ini.
Read more »
Mayat ke-25 tragedi Batang Kali ditemukan | The Malaysian InsightPenemuan mayat kanak-kanak itu dianggarkan dalam lingkungan usia lima hingga tujuh tahun.
Read more »